16 laluan utama dialihkan esok menjelang perhimpunan

July 25, 2025 · Isu semasa

Pihak polis memaklumkan sebanyak 16 laluan utama di pusat bandar dijangka mengalami pengalihan trafik berikutan himpunan ‘Turun Anwar’ yang dijadual berlangsung esok.

Pemangku Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohamed Usuf Jan Mohamad berkata, perhimpunan itu akan bermula serentak di lima lokasi utama iaitu Masjid Negara, Pasar Seni, Masjid Jamek Sultan Abdul Samad, Masjid Jamek Kampung Baru dan Kompleks Sogo sebelum peserta berkumpul di Dataran Merdeka.

“Pengalihan trafik akan diaktifkan mengikut keadaan semasa bagi memastikan kelancaran aliran trafik dan keselamatan semua pengguna jalan raya,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Sebanyak 16 laluan utama dijangka terlibat:

Jalan Maharajalela / Susur ke Jalan Syed Putra
Jalan Kinabalu / Pusingan U berhampiran Public Bank
Bulatan Sultan Mohamad
Jalan Kinabalu / Susur ke Terowong Bukit Aman
Jalan Kinabalu / Susur ke Bulatan Dato’ Onn
Bulatan Dato’ Onn Atas – kedua-dua arah
Bulatan Dato’ Onn – dari Jalan Parlimen
Jalan Sultan Salahuddin / Bulatan Dato’ Onn
Jalan Kuching / Susur ke Jalan Sultan Ismail
Jalan Kinabalu (dari Bulatan Segambut ke Bulatan Dato’ Onn)
Jalan Kinabalu (dari Masjid Negara ke Bulatan Dato’ Onn)
Jalan Lebuh Pasar Besar / Jalan Hang Kasturi
Jalan Hishamuddin / Jalan Raja
Jalan Parlimen / Jalan Raja Laut
Jalan Tuanku Abdul Rahman / Jalan Tun Perak
Jalan Lebuh Ampang / Jalan Tun Perak

Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan merancang perjalanan lebih awal dan menggunakan pengangkutan awam bagi mengelak kesesakan di pusat bandar.

“Pengguna jalan raya juga diminta mematuhi arahan pegawai polis trafik yang ditempatkan di semua lokasi terlibat,” katanya lagi.

Mohamed Usuf turut menzahirkan penghargaan terhadap kerjasama dan kepekaan semua pihak dalam usaha mengekalkan ketenteraman serta keselamatan awam.

Sebarang pertanyaan boleh diajukan menerusi talian hotline Polis Kuala Lumpur di 03-2115 9999, Balai Polis Trafik Jalan Tun H.S. Lee di 03-2071 9999, Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik KL di 03-2026 0267/0269 atau balai polis berhampiran.

Berita berkaitan
Peniaga lesap RM610,000 terjerat pelaburan palsu
April 29, 2026· Isu semasa
Seorang lelaki ditahan berhubung isu bantahan azan di Ampang
April 26, 2026· Isu semasa
Lelaki tunjuk kemaluan diburu polis di UiTM Dungun
April 26, 2026· Isu semasa
Suspek isu azan di Ampang disenarai hitam keluar negara
April 26, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Kesan krisis bekalan global dijangka dirasai sebulan dua lagi: Tengku Zafrul
17 jam lalu · Isu semasa
Majikan diseru lebih prihatin terhadap pekerja: PMX
17 jam lalu · Isu semasa
Global Sumud Flotilla: Nasib 10 aktivis Malaysia masih belum diketahui
17 jam lalu · Isu semasa
Anwar rayu sokongan rakyat hadapi tekanan ekonomi
17 jam lalu · Isu semasa
Ebit Lew diperintah bela diri kes gangguan seksual
April 30, 2026 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Pertumbuhan ekonomi negara lepasi sasaran, usaha kerajaan berhasil
February 13, 2026
[VIDEO] Jawatankuasa khas siasat isu saham Azam ditubuhkan
February 13, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok