Kerajaan tidak meminggirkan masyarakat kaum India, kata Pejabat Perdana Menteri.
Masyarakat India tidak dipinggirkan dalam rancangan pembangunan yang dilaksanakan kerajaan dan akan terus menerima peruntukan yang adil, saksama dan mampan.
Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataan pada Rabu berkata setakat ini sudah 16 program berimpak tinggi diluluskan khusus melibatkan masyarakat India menerusi Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA), sambil menegaskan semua lapisan masyarakat akan menikmati peluang dan kemajuan negara secara bersama.
“Pejabat Perdana Menteri ingin memaklumkan bahawa sebanyak 16 program berimpak tinggi telah diluluskan untuk manfaat masyarakat India sehingga Julai 2025, melalui MITRA.
“Program-program ini memberi tumpuan kepada tiga bidang utama pembangunan masyarakat, iaitu: pendidikan dan latihan dan kerohanian dan kebudayaan serta esejahteraan sosial.
“Langkah ini mencerminkan tekad berterusan Kerajaan Madani dalam mengangkat peranan masyarakat India sebagai rakan pembangunan negara menerusi pendekatan yang inklusif, progresif dan berteraskan impak menyeluruh,” kata kenyataan itu.
Bagaimanapun PMO berkata, terdapat juga beberapa permohonan yang tidak dapat diluluskan antaranya melibatkan program berkaitan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) yang bertindih serta berada di bawah bidang kuasa dan selenggaraan Majlis TVET Negara.
“Selain itu, beberapa lagi cadangan program tidak dapat diluluskan kerana bertindih dengan inisiatif sedia ada di bawah beberapa kementerian, termasuk Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) serta Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP),” katanya.
Justeru PMO memaklumkan, penyelarasan perlu dilakukan bagi mengelak pertindihan peranan dan penggunaan sumber.
Jerebu teruk, 647 sekolah Sarawak ditutup lima hari
Agong perkenan darurat jerebu di Serian: PMO
Kes MEX II: DNAA Abu Sahid, isteri ditolak mahkamah
Pegawai IT lesap RM20,000 ditipu tawaran ‘cash out’ BNPL
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum