Pilihan Raya Kecil Parlimen Kinabatangan dan DUN Lamag.
Sebanyak 655,241 pemilih baharu sudah didaftarkan dan layak mengundi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang dijangka diadakan sebelum akhir tahun ini.
Menurut Daftar Pemilih Tambahan Julai 2025 yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan telah diwartakan semalam, jumlah keseluruhan pemilih berdaftar di 73 Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah kini ialah 1,779,839 orang.
Jumlah ini menunjukkan peningkatan ketara berbanding 1,124,598 pemilih pada PRN Sabah tahun 2020.
Parlimen Sepanggar mencatatkan jumlah pengundi tertinggi iaitu 117,520 orang, diikuti oleh Parlimen Lahad Datu dengan 107,242 pengundi.
Parlimen Keningau dan Tawau juga mencatatkan jumlah yang tinggi, masing-masing dengan 92,880 dan 91,507 pemilih.
Peningkatan ini sebahagian besarnya disebabkan oleh pelaksanaan pengundian bermula usia 18 tahun dan pendaftaran pemilih secara automatik yang dikuatkuasakan sejak Disember 2021.
PRN Sabah ini akan menjadi kali pertama pendaftaran pemilih automatik digunakan untuk pilihan raya peringkat negeri.
PRN Sabah dijangka diadakan tidak lama lagi, memandangkan Dewan Undangan Negeri Sabah Ke-16 akan terbubar secara automatik pada 11 November ini jika tidak dibubarkan lebih awal.
Jumlah pemilih muda yang besar ini diramalkan akan memainkan peranan penting dalam menentukan keputusan pilihan raya nanti.
RUU PSB perlu dibaiki demi hak penduduk, UMNO tak tolak pembangunan: Asyraf
Saluran aduan media kini dibuka, fokus profesional dan telus: Fahmi
X ambil langkah tingkat keselamatan, beri kerjasama baik: Fahmi
Kerajaan tarik balik RUU Pembaharuan Bandar untuk penambahbaikan: Fahmi
Kerajaan perhalusi persiapan pelajar tahun 1 dan laluan IPTA pelajar
[VIDEO] Ekonomi negara catat pertumbuhan kukuh, ringgit dan bursa meningkat
[VIDEO] Kalau ada tak terima bahasa Melayu, lebih baik jangan duduk di Malaysia: Agong