
Biasiswa MCMC LEGASI dan Biasiswa MCMC CARE diperkenalkan bertujuan membentuk bakat masa depan dalam sektor komunikasi dan multimedia yang semakin berkembang pesat di Malaysia.
Biasiswa MCMC LEGASI dan Biasiswa MCMC CARE diperkenalkan bertujuan membentuk bakat masa depan dalam sektor komunikasi dan multimedia yang semakin berkembang pesat di Malaysia.
Dua jenis program biasiswa ditawarkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) kepada mereka yang layak untuk memohon melanjutkan pelajaran.
Biasiswa MCMC LEGASI dan Biasiswa MCMC CARE diperkenalkan bertujuan membentuk bakat masa depan dalam sektor komunikasi dan multimedia yang semakin berkembang pesat di Malaysia.
MCMC dalam kenyataan memaklumkan, ini merupakan kali pertama suruhanjaya tersebut menawarkan biasiswa sebagai satu inisiatif yang mencerminkan komitmen jangka panjang dalam membangunkan barisan bakat berkemahiran tinggi serta memajukan sektor komunikasi dan multimedia negara.
Menurut MCMC, kedua-dua biasiswa berkenaan menyediakan pembiayaan penuh serta pendedahan industri secara berstruktur bagi melengkapkan bakat muda Malaysia dengan kemahiran dalam bidang seperti telekomunikasi, media, dasar pengawalseliaan, keselamatan siber dan Internet of Things (IoT).
“Biasiswa ini menunjukkan komitmen MCMC untuk melahirkan bakat muda yang dapat menyokong kemajuan digital negara.
“Melalui peluang berdasarkan merit dan keperluan, MCMC membantu golongan belia berkembang, menyumbang secara bermakna dan membina masa depan dalam bidang komunikasi dan multimedia,” katanya pada Selasa.
Mengulas lanjut, MCMC menjelaskan, Biasiswa MCMC LEGASI (Leaders of the Next-Generation Scholarship) merupakan biasiswa berasaskan merit yang ditawarkan kepada pelajar cemerlang yang mengikuti pengajian peringkat ijazah sarjana muda dalam bidang berkaitan komunikasi dan multimedia di universiti terkemuka, sama ada dalam atau luar negara.
“Selain pembiayaan penuh bagi yuran pengajian dan kos sara hidup, program ini turut menawarkan penempatan latihan industri serta jaminan pekerjaan di MCMC.
“Penerima biasiswa akan didedahkan kepada bidang seperti pembangunan peraturan, infrastruktur digital, inovasi dasar dan keselamatan rangkaian.
“Mereka juga akan menerima latihan dan pensijilan dalam pelbagai kemahiran bagi memastikan mereka bersedia untuk memimpin sektor ini selepas tamat pengajian,” katanya.
Sementara itu, menurut kenyataan itu lagi, Biasiswa MCMC CARE pula merupakan biasiswa berasaskan keperluan yang bertujuan membantu pelajar berpotensi tinggi daripada komuniti kurang berkemampuan untuk melanjutkan pengajian ijazah sarjana muda di universiti awam tempatan.
“Selain bantuan kewangan penuh, para penerima biasiswa juga akan mendapat peluang menjalani latihan industri di MCMC,” katanya.
Ujar MCMC, permohonan bagi kedua-dua program biasiswa itu dibuka bermula 24 Jun hingga 24 Julai 2025 dan sebarang makluman terkini akan dikongsikan menerusi platform media sosial rasmi MCMC.
Langkah Mohon Biasiswa MCMC
1. Akses ke portal biasiswa
Untuk memulakan permohonan biasiswa, anda perlu melayari laman web MCMC di sini.
Klik pada butang MCMC LEGASI atau MCMC CARE. Pilih Apply Now (Mohon Sekarang)
Anda kemudian akan diarahkan ke halaman log masuk Portal Biasiswa MCMC.
2. Pendaftaran kali pertama
Jika anda merupakan pengguna baharu, anda perlu mendaftar terlebih dahulu sebelum membuat permohonan. Pada halaman log masuk, klik “Click here to register” dan masukkan alamat emel anda untuk tujuan pengesahan OTP.
Seterusnya, semak emel anda dan masukkan kod OTP 4 digit yang diterima, kemudian klik “Verify and Proceed” untuk meneruskan.
Selepas itu, lengkapkan maklumat pendaftaran yang diminta seperti nama, alamat emel dan nombor telefon.
Pastikan anda menandakan kotak persetujuan terhadap Terma dan Syarat sebelum menekan butang “Register”.
Setelah pendaftaran berjaya, satu mesej pengesahan akan dipaparkan, dan maklumat log masuk akan dihantar ke emel yang telah anda daftarkan.
3. Log Masuk
Log masuk ke Portal Biasiswa MCMC menggunakan maklumat pengenalan yang telah dihantar ke e-mel anda.
Selepas log masuk, anda akan dibawa ke Halaman “Selamat Datang”, di mana anda boleh melihat dua biasiswa yang ditawarkan:
MCMC LEGASI
MCMC CARE
Klik “View Details” untuk mengakses kriteria kelayakan, panduan permohonan dan maklumat program.
4. Mengemukakan permohonan
Untuk mengemukakan permohonan biasiswa, anda perlu klik butang “Apply Now” di bawah kategori biasiswa yang dipilih bagi memulakan proses permohonan.
Seterusnya, isikan semua maklumat yang diperlukan dengan lengkap dan muat naik dokumen sokongan yang diminta.
Setelah selesai, anda dikehendaki membaca dan bersetuju dengan pengisytiharan yang disediakan.
Akhir sekali, tandatangani permohonan secara digital dan hantar permohonan anda untuk diproses.
Pastikan semua maklumat dan dokumen adalah tepat dan lengkap sebelum menghantar permohonan.
Maklumat Permohonan
Permohonan bagi kedua-dua program biasiswa ini akan dibuka hari ini, iaitu 24 Jun 2025 hingga 24 Julai 2025. Penerima biasiswa yang berjaya akan dihubungi pada Ogos 2025.
Sebarang makluman terkini akan dikongsikan menerusi platform media sosial rasmi MCMC.
Untuk maklumat lanjut berkaitan syarat kelayakan dan permohonan dalam talian, anda boleh klik di sini.
Berita tepat dan menyeluruh.