Timbalan Presiden UMNO, Mohamad Hasan.
Timbalan Presiden UMNO, Mohamad Hasan berpandangan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan merupakan jalan terbaik bagi menamatkan kemelut politik yang sedang melanda negeri itu ketika ini.
Menurut Mohamad, langkah tersebut perlu bagi mengembalikan mandat kepada rakyat untuk menentukan kepimpinan baharu yang layak mentadbir Negeri Sembilan selepas Menteri Besar, Aminuddin Harun didakwa hilang sokongan majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).
“Kalau Aminuddin sudah tidak mendapat kepercayaan majoriti daripada Ahli Dewan, sebaiknya beliau membubarkan DUN dan kita pulangkan semula mandat kepada rakyat untuk membuat keputusan siapa yang mereka mahu mentadbir Negeri Sembilan.
“Jangan kita terus bercakaran kerana ia hanya menimbulkan keresahan rakyat. Keadaan dunia pun sedang tidak stabil dengan pelbagai konflik yang berlaku, jadi kita selesaikan perkara ini dengan baik,” katanya dipetik laporan media.
Mohamad yang juga Ahli Parlimen Rembau berkata, penyertaan UMNO dalam Kerajaan Perpaduan adalah demi memastikan kestabilan politik dan pentadbiran negara, bukannya mencetuskan ketegangan dalam kalangan rakyat.
Pada masa sama, beliau mencadangkan Sidang DUN diadakan segera bagi memberi peluang kepada Aminuddin membuktikan masih mempunyai sokongan majoriti untuk terus kekal sebagai Menteri Besar.
Krisis politik di Negeri Sembilan tercetus selepas Pengerusi UMNO negeri, Jalaluddin Alias mengumumkan bahawa kesemua 14 ADUN UMNO sebulat suara menarik sokongan terhadap Aminuddin.
Tindakan itu dikaitkan dengan kemelut yang melibatkan institusi adat serta perlembagaan negeri.
Bersatu jawab kritikan PAS, tegaskan semua isu patut dibincang dalam gabungan
Rafizi berisiko kalah kerusi Pandan sama seperti di Gombak: AMK Pulau Pinang
AMK desak wakil rakyat PKR jelaskan kehadiran semasa program Rafizi
Tengku Zafrul diberi peranan baharu jaga kerusi Parlimen Pandan: Amiruddin
Anwar diharap terus kekal di Tambun: PKR Perak
[VIDEO] Anwar beri bayangan PRU awal jika berterusan ada ugutan
[VIDEO] Literasi digital jadi benteng kekang jenayah siber kanak-kanak: Fahmi