PKR Johor bidas bekas ahli berterusan serang dan burukkan parti

12 jam lalu · Politik

PKR Johor membidas tindakan segelintir bekas pemimpin dan ahli parti yang didakwa terus menyerang serta memburukkan parti di media walaupun sudah tidak lagi bersama perjuangan itu.

Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Johor, Dr Zaliha Mustafa berkata tindakan melemparkan tuduhan tanpa fakta dan memainkan sentimen emosi hanya akan mencetuskan kekeliruan dalam kalangan ahli serta rakyat.

Menurut beliau, perbezaan pendirian politik adalah perkara biasa, namun rasa tidak puas hati sepatutnya disalurkan secara matang dan melalui saluran yang betul.

“PKR menghormati hak setiap individu menentukan hala tuju politik masing-masing, tetapi keputusan meninggalkan parti tidak wajar disertai tuduhan melulu atau naratif mengelirukan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau turut menolak dakwaan kononnya ribuan ahli PKR akan meninggalkan parti, sambil menegaskan PKR Johor masih kukuh dengan jentera aktif dan sokongan akar umbi yang berterusan.

“Adalah tidak adil untuk menggambarkan parti seolah-olah rapuh hanya kerana beberapa individu memilih haluan berbeza. PKR Johor terus bergerak dengan kepimpinan yang mantap dan ahli yang setia kepada perjuangan reformasi,” katanya.

Kenyataan itu dipercayai susulan beberapa dakwaan serta kritikan terbuka oleh bekas pemimpin parti sejak kebelakangan ini yang mendakwa berlaku ketidakpuasan dalam PKR, khususnya di Johor.

PKR sebelum ini pernah berdepan beberapa episod keluar parti melibatkan pemimpin kanan sejak krisis politik 2020, namun parti itu kekal menjadi antara komponen utama dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim.

Mengulas lanjut, Dr Zaliha berkata PKR tidak mahu terjebak dalam politik dendam atau polemik yang tidak membawa manfaat kepada rakyat.

“Perjuangan ini tidak dibina atas kekuatan individu tertentu. PKR sudah melalui cabaran lebih besar dan akan terus berdiri kerana kekuatannya terletak pada prinsip, bukan personaliti,” katanya.

Berita berkaitan
Isu agama dan kaum dimainkan Akmal beri beban kepada kerajaan: Rafizi
12 jam lalu· Politik
Rafizi berisiko kalah kerusi Pandan sama seperti di Gombak: AMK Pulau Pinang
12 jam lalu· Politik
AMK desak wakil rakyat PKR jelaskan kehadiran semasa program Rafizi
12 jam lalu· Politik
Tengku Zafrul diberi peranan baharu jaga kerusi Parlimen Pandan: Amiruddin
12 jam lalu· Politik
Lagi Politik terkini
Bersatu jawab kritikan PAS, tegaskan semua isu patut dibincang dalam gabungan
5 jam lalu · Politik
DAP sokong cadangan bubar DUN Negeri Sembilan
5 jam lalu · Politik
Anwar diharap terus kekal di Tambun: PKR Perak
12 jam lalu · Politik
PAS muktamadkan hala tuju hubungan dengan Bersatu pada masa terdekat: Takiyuddin
May 23, 2026 · Politik
ULASAN: Bila PAS mula berlagak jadi ‘abang besar’
May 23, 2026 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Anwar beri bayangan PRU awal jika berterusan ada ugutan
May 17, 2026
[VIDEO] Literasi digital jadi benteng kekang jenayah siber kanak-kanak: Fahmi
May 12, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok