Tengku Zafrul diberi peranan baharu jaga kerusi Parlimen Pandan: Amiruddin

10 jam lalu · Politik

Kawasan Parlimen Pandan kini dijadikan sebagai parlimen angkat kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim, susulan rombakan pentadbiran parti selepas peletakan jawatan beberapa pemimpin kanan PKR baru-baru ini.

Naib Presiden PKR Amirudin Shari berkata, Tengku Zafrul Abdul Aziz diberikan tanggungjawab sebagai pegawai pemantau PKR bagi Parlimen Pandan serta membantu memantau kawasan Ampang.

Menurut Amirudin, keputusan itu dibuat bagi menyusun semula pentadbiran pusat khidmat dan jentera parti di kawasan berkenaan selepas kekosongan yang berlaku.

“Jadi kita aturkan Tengku Zafrul sebagai wakil kerajaan dan pastinya wakil Perdana Menteri di kawasan Pandan itu,” katanya ketika berucap pada Himpunan Setia Keadilan Pandan malam tadi.

Beliau berkata pelantikan Tengku Zafrul dibuat atas permintaan Anwar sendiri yang mahu bekas Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri itu lebih aktif dalam politik di Selangor.

Amirudin turut menjelaskan PKR pernah berdepan situasi sama sebelum ini apabila beberapa bekas pemimpin parti meninggalkan PKR, termasuk di Parlimen Gombak dan Ampang, namun ia tidak menjejaskan kekuatan parti.

“Ini bukan perkara baharu. Kita pernah lalui keadaan sama sebelum ini dan akhirnya Ampang mencatat kemenangan lebih besar berbanding pilihan raya sebelumnya,” katanya.

Pada 17 Mei lalu, Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli dan Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad mengumumkan peletakan jawatan mereka sebelum keluar daripada PKR sehari kemudian.

Sementara itu, Tengku Zafrul berkata beliau berharap mendapat sokongan penuh daripada pimpinan dan akar umbi PKR di Pandan dan Ampang bagi memperkukuhkan gerak kerja parti.

“Saya amat mengharapkan saudara-saudari semua bersama-sama dengan saya menjelajah seluruh pelosok Ampang dan Pandan,” katanya.

Beliau turut menegaskan komitmennya untuk membantu rakyat tanpa mengira latar belakang.

“Saya bukan yang terbaik, tetapi saya akan cuba sedaya upaya mengetuk setiap rumah rakyat yang memerlukan pertolongan tanpa memilih agama mahupun warna kulit,” katanya.

Berita berkaitan
Malaysia gesa perjanjian damai AS-Iran dipercepat: PMX
7 jam lalu· Isu semasa
Isu agama dan kaum dimainkan Akmal beri beban kepada kerajaan: Rafizi
10 jam lalu· Politik
Rafizi berisiko kalah kerusi Pandan sama seperti di Gombak: AMK Pulau Pinang
10 jam lalu· Politik
AMK desak wakil rakyat PKR jelaskan kehadiran semasa program Rafizi
10 jam lalu· Politik
Lagi Politik terkini
Bersatu jawab kritikan PAS, tegaskan semua isu patut dibincang dalam gabungan
3 jam lalu · Politik
DAP sokong cadangan bubar DUN Negeri Sembilan
3 jam lalu · Politik
Anwar diharap terus kekal di Tambun: PKR Perak
10 jam lalu · Politik
PKR Johor bidas bekas ahli berterusan serang dan burukkan parti
10 jam lalu · Politik
PAS muktamadkan hala tuju hubungan dengan Bersatu pada masa terdekat: Takiyuddin
May 23, 2026 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Anwar beri bayangan PRU awal jika berterusan ada ugutan
May 17, 2026
[VIDEO] Literasi digital jadi benteng kekang jenayah siber kanak-kanak: Fahmi
May 12, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok