Rafizi berisiko kalah kerusi Pandan sama seperti di Gombak: AMK Pulau Pinang

11 jam lalu · Politik

Rafizi Ramli boleh berdepan cabaran besar untuk mempertahankan kerusi Parlimen Pandan pada Pilihan Raya Umum akan datang sekiranya PKR menampilkan calon yang mempunyai pengaruh kuat di kawasan itu.

Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Pulau Pinang, Muhammad Zakwan Mustafa Kamal berkata, senario tersebut tidak mustahil berlaku berdasarkan pengalaman Mohamed Azmin Ali yang tewas di Parlimen Gombak pada PRU-15 selepas memegang kerusi itu selama tiga penggal.

Menurut beliau, walaupun Rafizi mempunyai pengaruh tersendiri dalam politik nasional, kedudukan parti baharunya, Bersama Malaysia, masih terlalu awal untuk dinilai dari sudut kekuatan akar umbi dan jentera pilihan raya.

“Buat masa ini terlalu awal untuk mengatakan beliau akan tewas di Pandan kerana partinya masih baharu dan belum benar-benar teruji.

“Namun, jika PKR meletakkan tokoh yang kuat di kawasan itu, saya yakin Rafizi boleh kalah dengan majoriti tipis,” katanya dipetik laporan media.

Rafizi sebelum ini merupakan antara pemimpin utama PKR dan pernah memainkan peranan penting dalam kempen pilihan raya parti itu.

Bagaimanapun, penubuhan Bersama Malaysia dilihat membuka lembaran baharu dalam perjalanan politik beliau selepas hubungan dengan kepimpinan PKR semakin renggang.

Mengulas lanjut, Muhammad Zakwan berkata, faktor lokaliti Pandan sebagai kawasan bandar juga menjadi penentu penting dalam corak sokongan pengundi.

Katanya, pengundi di kawasan bandar lazimnya lebih cenderung memilih parti yang dilihat stabil dan mempunyai peluang membentuk kerajaan.

“Kalau dilihat dari sudut pengaruh politik, Azmin dan Rafizi mempunyai kekuatan yang hampir sama,” ujarnya.

Pada PRU-15 lalu, Azmin yang ketika itu mengetuai kempen Perikatan Nasional di Selangor tewas kepada Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari, di kerusi Parlimen Gombak.

Kekalahan itu dianggap antara keputusan paling mengejutkan memandangkan Azmin pernah menjadi tokoh dominan di kawasan berkenaan sejak sekian lama.

Berita berkaitan
Isu agama dan kaum dimainkan Akmal beri beban kepada kerajaan: Rafizi
11 jam lalu· Politik
AMK desak wakil rakyat PKR jelaskan kehadiran semasa program Rafizi
11 jam lalu· Politik
Tengku Zafrul diberi peranan baharu jaga kerusi Parlimen Pandan: Amiruddin
11 jam lalu· Politik
Anwar diharap terus kekal di Tambun: PKR Perak
11 jam lalu· Politik
Lagi Politik terkini
Bersatu jawab kritikan PAS, tegaskan semua isu patut dibincang dalam gabungan
4 jam lalu · Politik
DAP sokong cadangan bubar DUN Negeri Sembilan
4 jam lalu · Politik
PKR Johor bidas bekas ahli berterusan serang dan burukkan parti
11 jam lalu · Politik
PAS muktamadkan hala tuju hubungan dengan Bersatu pada masa terdekat: Takiyuddin
May 23, 2026 · Politik
ULASAN: Bila PAS mula berlagak jadi ‘abang besar’
May 23, 2026 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Anwar beri bayangan PRU awal jika berterusan ada ugutan
May 17, 2026
[VIDEO] Literasi digital jadi benteng kekang jenayah siber kanak-kanak: Fahmi
May 12, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok