MOF umum kecualikan perkhidmatan kecantikan daripada cukai SST

June 27, 2025 · Isu semasa

Selepas menerima maklum balas daripada orang awam dan industri, Kementerian Kewangan (MOF) mengumumkan pengecualian cukai bagi
perkhidmatan kecantikan daripada peluasan skop Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST).

Menurut MOF, pengecualian cukai itu itu termasuk rawatan kuku, rawatan wajah, serta khidmat gunting dan pendandan rambut.

“Selepas meneliti sentimen awam, perdana menteri dan menteri kewangan Anwar Ibrahim memutuskan untuk tidak meneruskan cukai berkenaan kepada perkhidmatan kecantikan,” katanya.

Sebelum ini, MOF mengumumkan perkhidmatan kecantikan antara enam sektor baharu yang akan dikenakan cukai antara 5% hingga 10% selepas peluasan SST berkuatkuasa 1 Julai ini.

Selain perkhidmatan kecantikan dan estetik, sektor penyewaan dan pajakan; perkhidmatan pembinaan; perkhidmatan kewangan dan insurans; penjagaan kesihatan dan pendidikan swasta turut dikenakan SST.

MOF menyeru semua pihak supaya membuat kenyataan yang bertanggungjawab dan berpandukan maklumat rasmi berhubung pelaksanaan SST.

“Orang awam disarankan merujuk pengumuman awam, infografik, perundangan subsidiari, garis panduan, dan soalan lazim (FAQ) diterbitkan menerusi saluran rasmi Kementerian Kewangan dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia,” ujarnya lagi.

Berita berkaitan
Harga minyak tanpa subsidi naik 35 sen susulan ketegangan Asia Barat: MOF
September 16, 2026· Isu semasa
Keresahan bil elektrik naik, kerajaan cari langkah segera tangani: PMX
September 16, 2026· Isu semasa
Zahid mahu GST kembali, puji sistem era Najib
September 11, 2026· Politik
Pemuda UMNO desak GST dikembalikan
September 10, 2026· Politik
Lagi Isu semasa terkini
Gempa Batu Pahat, gegaran dirasai di enam kawasan sehingga ke Putrajaya
2 jam lalu · Isu semasa
Anwar sampaikan keresahan keluarga mangsa masih hilang kepada PM Nepal: Bernama
8 jam lalu · Isu semasa
Tiga pelakon ditahan susulan video tular persenda Rukun Negara
10 jam lalu · Isu semasa
53 ditahan dalam Op Pedo 3.0, guru dan pembantu makmal antara suspek
11 jam lalu · Isu semasa
Kes scam: Panik kena dakwa, wanita jual barang kemas RM500,000
11 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok