UMNO Johor tidak lagi boleh tuntut kredit hasil pembangunan sendiri: DAPSY

9 jam lalu · Politik

DAP mendakwa UMNO Johor kini berada dalam keadaan tidak selesa apabila tidak lagi boleh mendakwa kejayaan pembangunan negeri itu sebagai hasil usaha mereka semata-mata.

Ketua Pemuda Sosialis DAP (DAPSY), Woo Kah Leong berkata situasi itu berlaku selepas kerajaan Persekutuan tampil menjelaskan pelbagai pencapaian dan projek pembangunan di Johor merupakan hasil kerjasama antara kerajaan pusat, kerajaan negeri serta pelbagai pihak berkepentingan.

“Namun apabila fakta dikemukakan bahawa kejayaan Johor hari ini adalah hasil usaha kerajaan Persekutuan dan kerjasama pelbagai pihak, UMNO Johor mula berasa tidak selesa kerana tidak lagi boleh meraih keuntungan politik secara bersendirian,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pasir Bedamar itu, sebelum ini UMNO Johor dilihat bersungguh-sungguh mengambil kredit politik terhadap pelaksanaan projek-projek mega dan pembangunan yang berlaku di negeri berkenaan.

Beliau mendakwa, apabila naratif tersebut dicabar dengan fakta oleh Perdana Menteri Anwar Ibrahim dan beberapa menteri Persekutuan, UMNO Johor mula mencari isu lain bagi menarik sokongan pengundi.

Katanya, dalam keadaan itu, DAP sekali lagi dijadikan sasaran kempen politik bagi meraih sokongan terhadap UMNO menjelang pilihan raya akan datang.

“Maka bermulalah suara-suara bahawa lebih rela tidak memegang jawatan daripada duduk semeja dengan DAP dan serangan bertubi-tubi dilancarkan terhadap DAP demi memastikan kemenangan kerusi-kerusi UMNO Johor,” katanya.

Kah Leong turut menyifatkan tindakan tersebut sebagai sesuatu yang janggal memandangkan UMNO dan DAP kini merupakan sebahagian daripada Kerajaan Perpaduan di peringkat Persekutuan dan beberapa negeri.

Beliau berkata, pimpinan tertinggi UMNO dan DAP bekerjasama dalam Kabinet, manakala beberapa kerajaan negeri turut dibentuk menerusi kerjasama antara kedua-dua parti.

Dalam kenyataan sama, beliau mendakwa keyakinan UMNO Johor ketika ini berpunca daripada kemenangan besar Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor 2022 yang menyaksikan gabungan itu meraih 40 daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri.

Bagaimanapun, katanya, analisis yang pernah dikemukakan oleh Tindak Malaysia menunjukkan keputusan tersebut mungkin berbeza sekiranya Pilihan Raya Umum ke-15 dan PRN Johor diadakan serentak pada November 2022.

“Keangkuhan UMNO Johor hari ini adalah disebabkan kemenangan 40 kerusi dalam PRN Johor yang lepas,” katanya.

Beliau pada masa sama menegaskan DAP akan terus berusaha memastikan kemenangan di semua kerusi yang ditandinginya di Johor, selain bertekad menghalang UMNO Johor daripada mengulangi kejayaan besar yang dicapai pada pilihan raya negeri lalu.

Berita berkaitan
PAS sahkan putus kerjasama dengan Bersatu, beri bayangan akan keluar dari PN
2 jam lalu· Politik
PAS sindir DAP, pertahan pendirian UMNO dalam isu kerjasama politik
7 jam lalu· Politik
SPR tetapkan tarikh penting PRN Negeri Sembilan Jumaat ini
7 jam lalu· Politik
Jangan tutup pintu kerjasama politik, UMNO jangan bakar jambatan: Amanah
10 jam lalu· Politik
Lagi Politik terkini
PAS berjaya ‘gamekan’ Muhyiddin: Bermula dengan krisis Hamzah hingga ke perceraian
June 8, 2026 · Politik
PAS didakwa tekan Bersatu terima parti Hamzah, siap hantar surat bersyarat ‘ugutan’
10 jam lalu · Politik
Pemuda UMNO Johor balas sindiran Loke berhubung isu kerjasama dengan DAP
10 jam lalu · Politik
Parti Amanah persoal sikap UMNO Johor terhadap DAP
12 jam lalu · Politik
Syam Ghaz dilantik sebagai bos baharu JKOM, ganti Ismail Yusop
12 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Anwar beri bayangan PRU awal jika berterusan ada ugutan
May 17, 2026
[VIDEO] Literasi digital jadi benteng kekang jenayah siber kanak-kanak: Fahmi
May 12, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok