PMX suarakan isu Gaza kepada Macron, Perancis setuju gencatan senjata segera

July 5, 2025 · Isu semasa

Isu kemanusiaan di Gaza antara isu penting yang dibangkitkan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim semasa pertemuan dengan Presiden Perancis Emmanuel Macron Istana Elysee, Paris.

Hasil perbincangan antara Anwar dengan Macron menyaksikan kedua-dua bersepakat supaya gencatan senjata di Gaza perlu dilaksanakan serta-merta, selain memastikan bantuan kemanusiaan dapat disalurkan segera.

Menurut Anwar, kesungguhan Macron yang cuba untuk menyelesaikan krisis di Gaza adalah dipuji.

“Sudah pasti, kita mengutuk serangan bom berterusan dan kekejaman yang dilakukan terhadap orang awam, wanita dan kanak-kanak.

“Ia amat menyedihkan (apabila) komuniti antarabangsa masih gagal menyelesaikan krisis ini,” katanya semasa sidang media bersama Macron.

Anwar dalam pada itu berkata Malaysia mengutuk serangan Israel terhadap Iran dan akan terus menyokong usaha Perancis untuk membawa keamanan di Asia Barat.

“Jika anda katakan ‘tidak’ kepada Iran dan anda katakan ‘ya’ kepada Israel, maka kita berdepan masalah.

“Kita perlu cuba selesaikan namun saya bersetuju dengan anda, kita perlu menekankan kepada Iran supaya menggunakan (nuklear) hanya untuk tujuan dan kaedah yang aman dan membenarkan pemeriksaan yang mereka telah berikan komitmen,” katanya.

Berkongsi pandangan sama, Macron berkata Iran juga perlu jelas menegaskan sokongan terhadap Perjanjian Pengawalan Senjata Nuklear, menarik balik undang-undang yang mengehadkan kerjasama dengan Agensi Tenaga Aton Antarabangsa (IAEA).

Mengenai Gaza, Macron menegaskan beliau bersama Anwar bersetuju gencatan senjata kekal perlu dilaksanakan di Gaza selain pembebasan tebusan.

“Kami sedang bekerjasama dengan beberapa pihak tentang perkara ini, antaranya Arab Saudi. Buat masa ini, Israel perlu membenarkan bantuan sampai ke Gaza,” katanya.

Berita berkaitan
Tiada perubahan kepimpinan Negeri Sembilan, Aminuddin kekal MB: PMX
24 jam lalu· Politik
Majikan diseru lebih prihatin terhadap pekerja: PMX
May 1, 2026· Isu semasa
Global Sumud Flotilla: Nasib 10 aktivis Malaysia masih belum diketahui
May 1, 2026· Isu semasa
Anwar rayu sokongan rakyat hadapi tekanan ekonomi
May 1, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Kes bunuh 61 tikaman: Mangsa baharu seminggu sambung semester baharu
4 jam lalu · Isu semasa
Global Sumud Flotilla: 10 rakyat Malaysia sudah dibebaskan
5 jam lalu · Isu semasa
Kes bunuh 61 tikaman: Empat individu direman Polis Kelantan
5 jam lalu · Isu semasa
Kesan krisis bekalan global dijangka dirasai sebulan dua lagi: Tengku Zafrul
May 1, 2026 · Isu semasa
Ebit Lew diperintah bela diri kes gangguan seksual
April 30, 2026 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Pertumbuhan ekonomi negara lepasi sasaran, usaha kerajaan berhasil
February 13, 2026
[VIDEO] Jawatankuasa khas siasat isu saham Azam ditubuhkan
February 13, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok