[VIDEO] NGO Melayu N9 seru rakyat pertahan kestabilan dan agenda pembangunan, tolak fitnah dan sentimen kaum

2 jam lalu

Gabungan NGO Melayu Malaysia Negeri Sembilan menyeru pengundi membuat pilihan berdasarkan prestasi pentadbiran, integriti dan manfaat kepada rakyat, bukan sentimen kebencian atau fitnah.

Gabungan itu turut menggesa tindakan susulan terhadap laporan RCI Tabung Haji serta menyatakan semua pihak yang terlibat perlu dibawa ke muka pengadilan, di samping mempertahankan langkah pemulihan yang dilaksanakan kerajaan terhadap institusi berkenaan.