[VIDEO] Anak perantauan digesa balik, undi calon PH demi masa depan Negeri Sembilan

1 jam lalu

Fahmi Fadzil menggesa anak perantauan pulang mengundi dan memilih calon Pakatan Harapan (PH) demi masa depan Negeri Sembilan, sambil mengingatkan rakyat supaya tidak mudah terpedaya dengan maklumat yang tular di media sosial.

Beliau turut menyeru pengundi menyemak kesahihan maklumat melalui sumber rasmi, selain menegaskan kempen pilihan raya perlu berteraskan fakta, prinsip dan rekod prestasi.