MCMC, Imigresen perkukuh kerjasama banteras jenayah rentas sempadan

August 18, 2026 · Isu semasa

Kerjasama antara Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) diperkukuh menerusi pemeteraian memorandum persefahaman (MoU), dalam usaha meningkatkan keupayaan negara membanteras jenayah rentas sempadan yang semakin kompleks dan dipacu teknologi.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata kerjasama itu bukan sekadar pemeteraian MoU antara dua agensi, sebaliknya mencerminkan kesungguhan kerajaan memperkukuh keupayaan penguatkuasaan negara.

“Kerjasama yang dimeterai bukan sekadar sebuah MoU antara dua agensi. Sebaliknya, mencerminkan kesungguhan Kerajaan MADANI untuk memperkukuh keupayaan penguatkuasaan negara dalam menghadapi ancaman jenayah rentas sempadan yang semakin kompleks, terancang dan dipacu oleh perkembangan teknologi,” katanya semasa majlis hari ini.

Menurut Fahmi, jenayah masa kini tidak lagi terbatas kepada sempadan fizikal, dengan sindiket menggunakan rangkaian komunikasi dan platform digital untuk menjalankan kegiatan penipuan dalam talian, pemerdagangan manusia, penyeludupan migran, pemalsuan dokumen serta penyalahgunaan identiti.

Beliau berkata skala cabaran itu dapat dilihat menerusi kerugian akibat penipuan dalam talian yang mencecah RM958 juta bagi tempoh Januari hingga Jun tahun ini, berbanding RM2.9 bilion sepanjang 2025.

“Angka ini menunjukkan skala cabaran yang kita hadapi dan keperluan untuk tindakan penguatkuasaan yang lebih tersusun serta bersepadu,” katanya.

Pemeteraian MoU itu disaksikan Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution Ismail dan Fahmi di Cyberjaya, hari ini.

Menerusi kerjasama berkenaan, MCMC dan JIM akan memperluas perkongsian maklumat serta risikan, melaksanakan operasi bersepadu, membangunkan kapasiti dan mengukuhkan kesalinghubungan sistem bagi menyokong pengesanan, siasatan serta tindakan penguatkuasaan.

Dalam pada itu, Fahmi berkata MCMC telah menerima 470,593 permohonan untuk menurunkan kandungan di platform media sosial bagi tempoh 1 Januari hingga 17 Ogos 2026, dengan 436,661 kandungan diturunkan, mencatat kadar pematuhan 93 peratus.

Bagi kandungan di bawah Akta Keselamatan Dalam Talian (ONSA), sebanyak 39 permohonan dibuat dengan 38 kandungan diturunkan, mencatat kadar pematuhan 97 peratus.

MCMC turut mengeluarkan 2,139 arahan sekatan terhadap domain berkaitan kandungan jenayah dalam tempoh sama.

Fahmi berkata setiap platform perlu bertindak secara proaktif mengesan, menyekat dan menurunkan kandungan memudaratkan tanpa hanya menunggu laporan daripada MCMC atau aduan orang awam.

“Dalam banyak keadaan, tindakan hanya diambil selepas laporan dibuat oleh MCMC atau aduan diterima daripada orang awam. Kelewatan ini memberi ruang kepada kandungan memudaratkan untuk terus tersebar dan meningkatkan risiko kemudaratan kepada masyarakat,” katanya.

Kerjasama MCMC-JIM itu dijangka memperkukuh usaha mengesan, mengganggu dan membanteras sindiket jenayah rentas sempadan, selain meningkatkan perlindungan rakyat daripada ancaman jenayah yang memanfaatkan teknologi digital.

Berita berkaitan
Kos sara hidup, pelaburan jadi fokus Belanjawan 2027: Fahmi
12 jam lalu· Isu semasa
Lebih 1,500 warga Papar sertai kempen Internet Selamat
August 22, 2026· Isu semasa
Lantang isu luar negara, kenapa diam isu Tabung Haji? – Fahmi sindir PAS
August 22, 2026· Politik
Ancaman scam makin membimbangkan, 5,944 laporan dalam empat bulan: Nie Ching
August 22, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Insiden bom Selatan Thailand, rakyat Malaysia dinasihat tangguh perjalanan
10 jam lalu · Isu semasa
Mekanisme subsidi diesel bakal ditambah baik: Armizan
August 22, 2026 · Isu semasa
Anwar, Abang Johari dan Hajiji bincang persiapan MA63
August 22, 2026 · Isu semasa
Polis rakam keterangan Hadi, telefon pentadbir Facebook diambil: Laporan
August 22, 2026 · Isu semasa
Sultan Brunei kurnia Darjah Kerabat kepada Anwar
August 22, 2026 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] AUKU wajib dimansuhkan, PMX sifatkan hubungan dengan Zahid masih baik
August 16, 2026
[VIDEO] Dakwaan aset TH dijual kepada bukan Islam satu fitnah jahat, bidas menteri
August 11, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok