Majlis Raja-Raja bersidang kali ke-269 pada 15 hingga 17 Julai bagi membincangkan mengenai kekosongan jawatan Ketua Hakim Negara dan Presiden Mahkamah Rayuan.
Majlis Raja-Raja yang bermesyuarat sejak semalam ada membincangkan berhubung isu pelantikan jawatan hakim mahkamah atasan, kata Syed Danial Syed Ahmad.
Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja dalam kenyataan hari ini memaklumkan intipati dan perkara yang dibincangkan dalam Mesyuarat Majlis Raja-raja Yang Ke-269.
Menurutnya, mesyuarat yang dipengerusikan oleh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah disembahkan taklimat keselamatan oleh Ketua Polis Negara, Mohd Khalid Ismail dan Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Mohd Nizam Jaffar.
“Perkara mengenai pelantikan-pelantikan telah pun dibincangkan dalam Mesyuarat tersebut, iaitu pelantikan Hakim Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Tinggi, Hakim Besar Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak, Presiden Mahkamah Rayuan dan Pelantikan Ketua Hakim Negara,” katanya.
Mesyuarat Majlis Raja-Raja menjadi tumpuan dengan isu kekosongan jawatan Ketua Hakim Negara dan Presiden Mahkamah Rayuan selepas penyandangnya, Tun Tengku Maimun Tuan Mat dan Tan Sri Abang Iskandar Abang Hashim masing-masing telah mencapai usia persaraan wajib 66 tahun pada 2 dan 3 Julai lalu.
Ketika ini jawatan Ketua Hakim Negara dipangku Hakim Besar Malaya, Hasnah Mohammed Hashim.
Sebelum ini media melaporkan satu petikan minit mesyuarat Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (JAC) yang didakwa dari bulan Mei telah tersebar di media sosial.
Minit tersebut, yang merupakan dokumen sulit, dilaporkan mengandungi dakwaan serupa dengan laporan polis yang dibocorkan sebelum ini dan dibuat bagi pihak seorang hakim kanan pada bulan Jun.
Dalam pada itu, Syed Danial berkata, majlis juga telah mengambil maklum mengenai cadangan mengharamkan sepenuhnya penjualan dan penggunaan rokok elektronik di Malaysia.
“Turut dibincangkan pandangan Hukum Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia Kali Ke-126 dan 127 serta Resolusi Mesyuarat Khas Jawatankuasa Muzakarah MKI Tahun 2023, keperluan penderafan perlembagaan pelan dan pemohon suaka di Malaysia dan keputusan Jemaah Menteri mengenai cadangan dasar pengurusan harta yang ditinggal di dunia buat berpusat,” katanya.
Harga petrol tanpa subsidi naik 5 sen
Kerajaan perketat kawalan platform e-dagang, terima aduan pengguna banyak: Fahmi
KJ mohon mahkamah dedah siapa di sebalik artikel fitnah
Pendakwah terkenal didakwa seleweng dana NGO RM13 juta
Kes scam: Ingat arahan bos, kerani pindah RM452,000
[VIDEO] AUKU wajib dimansuhkan, PMX sifatkan hubungan dengan Zahid masih baik
[VIDEO] Dakwaan aset TH dijual kepada bukan Islam satu fitnah jahat, bidas menteri