Petrol turun 6 sen, PMX sudah laksanakan janji: Saifuddin Nasution

July 23, 2025 · Isu semasa

Langkah kerajaan menurunkan harga RON95 sebanyak 6 sen membuktikan Perdana Menteri Anwar Ibrahim sudah menunaikan janjinya, kata Saifuddin Nasution Ismail.

Menteri Dalam Negeri itu berkata hasil daripada petunjuk ekonomi yang semakin pulih sejak Anwar mentadbir negara dikembalikan kepada rakyat untuk menikmati dengan menurunkan harga minyak supaya lebih murah.

“Tetapi pada hari ini, inflasi 1.5 peratus, FDI (pelaburan langsung asing) tertinggi dalam sejarah, ringgit juga mengukuh berbanding dolar, jadi kesemua petunjuk ekonomi itu sudah pun menunjukkan keadaan yang kondusif untuk beliau menghadiahkan balik kepada rakyat dalam bentuk penurunan harga petrol sebanyak enam sen yang akan bermula Oktober ini.

“Jadi saya percaya bahawa sebagai pemimpin bertanggungjawab, beliau bukan saja melaksanakan janji tetapi mengambil masa kerana memulihkan ekonomi itu adalah prasyarat kepada apa-apa pengumuman yang hendak dibuat,” katanya selepas pengumuman penghargaan untuk rakyat Malaysia oleh Perdana Menteri, hari ini.

Ujarnya, Perdana Menteri terpaksa mengambil masa menunaikan janjinya berikutan perlu memperbaiki fiskal negara keran hutang yang membengkak, kadar inflasi dan pengangguran yang tinggi serta FDI ke dalam negara berada pada tahap rendah.

Hari ini, rakyat Malaysia menyambut baik pengumuman beberapa inisiatif bantuan kos sara hidup diumumkan Anwar.

Langkah berkenaan merangkumi pemberian tunai sekali bayar sebanyak RM100, cuti umum seluruh negara pada 15 September ini serta penurunan harga petrol RON95.

Perancangan penurunan harga petrol RON95 kepada RM1.99 seliter menerusi mekanisme subsidi bersasar turut disambut baik.

Menjelaskan lebih lanjut, Saifuddin Nasution, berkata Perdana Menteri juga menumpukan kepada tindakan mengawal ketirisan, elak pembaziran, tidak berbelanja secara berlebihan dan jangan terbabit dengan rasuah.

“Perkara ini dilakukan bertujuan supaya kedudukan kewangan negara lebih baik dan terbukti sekarang keadaan itu menjadi lebih baik, jadi beliau menghadiahkan pula dalam bentuk bantuan tunai kepada sekalian rakyat yang berumur 18 tahun ke atas berjumlah RM22 juta.

“Beliau turut menangguhkan pembayaran tol sehingga hujung tahun ini kerana pemberian tunai itu suatu yang amat dihargai, diperlukan oleh golongan rakyat berpendapatan rendah.

“Sebab bagi golongan pendapatan rendah, mereka lebih banyak membelanjakan untuk makanan dan aliran wang itu akan berputar dalam pasaran negara, akhirnya ekonomi akan menjadi lebih rancak.

“Jadi apabila kerajaan melakukan perkara itu, maka dengan sendirinya tekanan kos sara hidup rakyat akan berkurangan,” katanya.

Berita berkaitan
Anwar sampaikan keresahan keluarga mangsa masih hilang kepada PM Nepal: Bernama
13 jam lalu· Isu semasa
Anwar imbau detik di Penjara Sungai Buloh
17 jam lalu· Politik
Skandal FELDA: Laporan awal mula didedah minggu depan
September 20, 2026· Isu semasa
Pengampunan Najib: Anwar dedah apa yang dibincangkan dengan Agong
September 20, 2026· Politik
Lagi Isu semasa terkini
Gempa Batu Pahat, gegaran dirasai di enam kawasan sehingga ke Putrajaya
7 jam lalu · Isu semasa
Tiga pelakon ditahan susulan video tular persenda Rukun Negara
15 jam lalu · Isu semasa
53 ditahan dalam Op Pedo 3.0, guru dan pembantu makmal antara suspek
17 jam lalu · Isu semasa
Kes scam: Panik kena dakwa, wanita jual barang kemas RM500,000
17 jam lalu · Isu semasa
1MDB mohon izin rayu keputusan libat firma guaman UK
September 21, 2026 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok