Rosmah gagal penuhi syarat, Global Royalty teruskan tuntutan RM67.5 juta: Laporan

October 29, 2026 · Politik

Syarikat barang kemas Lubnan, Global Royalty Trading SAL, berhak meneruskan tindakan menguatkuasakan penghakiman RM67.5 juta terhadap Rosmah Mansor kerana beliau gagal memenuhi syarat penangguhan pembayaran yang ditetapkan Mahkamah Tinggi.

Peguam syarikat itu, David Gurupatham, berkata Rosmah tidak mematuhi perintah mahkamah supaya wang berkenaan didepositkan ke dalam akaun pemegang amanah yang dikendalikan peguam kedua-dua pihak dalam tempoh sebulan mulai 12 Ogos lalu.

Beliau berkata, pemfailan rayuan tidak secara automatik menghalang pelaksanaan sesuatu penghakiman mahkamah.

“Hakikatnya, beliau gagal mematuhi terma syarat penangguhan bersyarat sementara menunggu rayuan yang dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi dalam tempoh 30 hari,” katanya dipetik laporan BH.

Menurutnya, Mahkamah Rayuan pada 23 September lalu turut menolak permohonan Rosmah untuk mendapatkan penangguhan tanpa syarat terhadap pembayaran RM67.5 juta itu.

David menegaskan, mahkamah berkenaan juga menjelaskan Global Royalty boleh meneruskan tindakan penguatkuasaan terhadap penghakiman tersebut.

Beliau berkata, anak guamnya merupakan pemiutang penghakiman yang sah di sisi undang-undang Malaysia.

“Sebarang cubaan untuk menghalang pelaksanaan perintah Mahkamah Tinggi yang sah atau kenyataan yang dikeluarkan ke arah itu boleh dianggap sebagai perbuatan menghina mahkamah,” katanya.

Kenyataan itu menyusul bantahan pihak Rosmah yang menyifatkan tindakan Global Royalty menguatkuasakan penghakiman berkenaan sebagai pramatang kerana rayuan terhadap keputusan kes itu masih belum didengar.

Semalam, peguam Rosmah daripada Tetuan Reza Rahim & Rajivan berkata rayuan sudah difailkan dan Mahkamah Rayuan menetapkan 25 Mac depan untuk mendengar kes berkenaan.

Pihak Rosmah turut membantah sebarang usaha menguatkuasakan penghakiman itu sebelum rayuan diputuskan.

Pada 10 Jun lalu, Mahkamah Tinggi memutuskan Rosmah bertanggungjawab terhadap kehilangan 43 barang kemas yang didakwa diamanahkan kepadanya oleh Global Royalty.

Berikutan keputusan itu, Rosmah diperintahkan membayar RM67.5 juta kepada syarikat berkenaan.

Pada 12 Ogos lalu, Pesuruhjaya Kehakiman Marianne Antoinette Ghani membenarkan penangguhan bersyarat terhadap pelaksanaan penghakiman itu, dengan syarat Rosmah mendepositkan keseluruhan jumlah berkenaan ke dalam akaun pemegang amanah dalam tempoh sebulan.

Bagaimanapun, kegagalan memenuhi syarat tersebut menjadi asas kepada tindakan Global Royalty meneruskan penguatkuasaan penghakiman berkenaan sementara proses rayuan masih berjalan.

Berita berkaitan
44 transaksi RM1 juta berkait rasuah pekerja asing, lima individu ditahan SPRM
22 jam lalu· Isu semasa
Op Viking: Polis sita aset RM409 juta berkait mafia korporat, 70 individu dipanggil
October 28, 2026· Isu semasa
Lima tahun dibicarakan, pendakwaan tutup kes terowong Guan Eng
October 27, 2026· Politik
NGO desak SPRM, AG jelaskan status siasatan RM1.1 bilion libat Rafizi
October 27, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
BN, PAS sepakat lancar manifesto bersama di Melaka: Rauf
October 29, 2026 · Politik
PRN Melaka: MIPP tarik diri, rundingan kerusi dengan PN gagal
October 29, 2026 · Politik
DUN Negeri Sembilan berisiko terbubar Februari depan jika tiada sidang
October 29, 2026 · Politik
Calon MCA belum terima watikah BN, isu kerusi belum selesai?
15 jam lalu · Politik
Chegubard dipenjara empat bulan kes fitnah: Laporan
22 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok