BN, PAS sepakat lancar manifesto bersama di Melaka: Rauf

October 29, 2026 · Politik

Barisan Nasional (BN) yakin tidak akan berlaku pertembungan kerusi dengan PAS pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka selepas kedua-dua pihak memuktamadkan kerjasama strategik.

Pengerusi BN Melaka, Ab Rauf Yusoh berkata, keputusan itu dicapai dalam mesyuarat peringkat tertinggi yang turut bersetuju untuk melaksanakan gerak kerja bersama serta melancarkan manifesto secara bersama.

“Rakan strategik kita ialah PAS. Kita juga bersepakat supaya semua gerak kerja berjalan bersama dan berkongsi manifesto,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Penyampaian Sumbangan Perayaan Deepavali 2026 bagi Parlimen Masjid Tanah di Lendu.

Menurut Ab Rauf, kerjasama BN dan PAS di Melaka berbeza daripada situasi politik di Johor dan Negeri Sembilan, sekali gus memberi keyakinan tiada pertembungan calon antara kedua-dua parti.

“Jadi saya rasa tidak mungkin kita akan bertembung calon. Di Melaka kita ibarat bernikah dan berkadi, kalau bercerai pun ada talak,” katanya.

Kerjasama itu menjadi perkembangan penting menjelang PRN Melaka, ketika parti-parti politik sedang memuktamadkan strategi dan pembahagian kerusi bagi menghadapi pilihan raya berkenaan.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 31 Oktober sebagai hari penamaan calon, manakala pengundian awal berlangsung pada 10 November dan hari pengundian pada 14 November ini.

Seramai 687,697 pemilih layak mengundi dalam PRN berkenaan.

Dalam perkembangan lain, Ab Rauf menegaskan kerajaan negeri akan meneruskan bantuan kebajikan kepada rakyat tanpa mengira kaum dan agama menerusi inisiatif Melaka Sayang Rakyat (MeSRa).

Beliau berkata sebanyak RM90.55 juta bantuan kebajikan disalurkan kepada lebih 42,500 penerima di seluruh negeri bagi tempoh 2021 hingga September tahun ini.

Bagi sambutan Deepavali tahun ini, sebanyak RM200,000 diperuntukkan untuk 1,000 penerima di seluruh Melaka, termasuk RM36,000 kepada 180 penerima di Parlimen Masjid Tanah.

“Bantuan ini bukan gula-gula kerana hendak pilihan raya. Kalau tidak jatuh dalam tempoh kempen pun, kita tetap beri juga kerana ini dasar Melaka Sayang Rakyat,” katanya.

Beliau turut memaklumkan kerajaan negeri menyalurkan peruntukan lebih RM3 juta kepada komuniti India dan Cina menerusi pelbagai bentuk bantuan, termasuk sumbangan perayaan serta bantuan kepada rumah ibadat.

Berita berkaitan
PRN Melaka: MIPP tarik diri, rundingan kerusi dengan PN gagal
October 29, 2026· Politik
Calon MCA belum terima watikah BN, isu kerusi belum selesai?
15 jam lalu· Politik
Kerajaan sudah bayar RM42.5 bilion hutang 1MDB, berbaki RM8.9 bilion
October 28, 2026· Isu semasa
MCA tak hadir di pelancaran jentera BN Masjid Tanah, krisis kerusi belum reda?
October 27, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
Rosmah gagal penuhi syarat, Global Royalty teruskan tuntutan RM67.5 juta: Laporan
October 29, 2026 · Politik
DUN Negeri Sembilan berisiko terbubar Februari depan jika tiada sidang
October 29, 2026 · Politik
Chegubard dipenjara empat bulan kes fitnah: Laporan
22 jam lalu · Politik
Mahkamah dengar cabaran PN terhadap penggantungan RoS 7 Disember
October 27, 2026 · Politik
Lima tahun dibicarakan, pendakwaan tutup kes terowong Guan Eng
October 27, 2026 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok