Kes scam..
Seorang pesara berusia 73 tahun mengalami kerugian RM179,490 selepas diperdaya sindiket penipuan yang menyamar sebagai pegawai polis dalam kejadian September lalu.
Mangsa pada mulanya dihubungi dua individu tidak dikenali yang mendakwa mereka pegawai polis sebelum menuduh lelaki itu terbabit dalam kegiatan pengubahan wang haram dan pengedaran dadah.
Ketua Polis Daerah Brickfields, Hoo Chang Hook berkata, suspek kemudian mengarahkan mangsa menyerahkan kad bank, wang tunai serta barangan kemas kononnya bagi membantu siasatan pihak berkuasa.
Terpengaruh dengan dakwaan itu dan berada dalam keadaan panik, mangsa bersetuju bertemu suspek di sebuah apartmen di Sri Petaling pada 8 September lalu untuk menyerahkan wang serta barangan berharga.
“Akibat kejadian itu, mangsa kerugian keseluruhan RM179,490 membabitkan wang tunai, pembelian emas dan pemindahan wang ke tiga akaun pihak ketiga,” katanya menurut laporan Bernama.
Hoo berkata, mangsa hanya menyedari dirinya menjadi sasaran penipuan sebelum tampil membuat laporan polis.
Menurutnya, polis kini sedang menyemak maklumat dengan syarikat telekomunikasi serta meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) bagi membantu siasatan.
Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.
Kes seumpama ini menunjukkan sindiket penipuan masih menggunakan taktik menyamar sebagai pegawai penguat kuasa untuk menakut-nakutkan mangsa, khususnya warga emas.
Modus operandi mereka lazimnya bermula dengan dakwaan mangsa terbabit dalam jenayah serius sebelum menggunakan ugutan dan tekanan psikologi bagi memaksa mangsa menyerahkan wang atau maklumat perbankan.
Orang ramai diingatkan supaya tidak menyerahkan wang, kad bank atau barangan berharga kepada individu tidak dikenali atas alasan membantu siasatan. Sebarang dakwaan daripada pihak yang mengaku sebagai polis perlu disahkan melalui saluran rasmi.
Kes dadah TUDM: Kabinet akan bincang kawalan keselamatan pangkalan udara
Penempatan Rohingya: Media antarabangsa lapor kerajaan Turkiye nafi kenyataan Zahid
Penjara terlebih kapasiti, hampir 25,000 banduan dibebas secara lesen
Lima syarikat Bumiputera berjaya disenaraikan di Bursa Malaysia
KDN kaji kawalan lebih ketat di pangkalan tentera, polis
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 20 Nov – UMNO-BN Tipu Isu Ismail Lasim, Himpunan bantah isu Najib
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 18 Nov – Ismail menghadap Tuanku Muhriz, AMK bidas Mat Maslan