MOF sasar hutang kerajaan turun kepada 60 peratus KDNK pada 2030

November 18, 2026 · Isu semasa

Kementerian Kewangan (MOF) berkata kedudukan kewangan negara semakin baik apabila defisit fiskal berjaya dikurangkan daripada 5.5 peratus pada 2022 kepada 3.7 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) tahun lalu, lebih rendah daripada sasaran 3.8 peratus.

Menurut MOF, sejak Akta Kewangan Awam dan Tanggungjawab Fiskal (FRA) dikuatkuasakan, usaha konsolidasi fiskal dilaksanakan secara berperingkat.

Bagaimanapun, hutang dan liabiliti terkumpul Kerajaan Persekutuan masih mencecah RM1,763.3 bilion atau 80.7 peratus daripada KDNK setakat akhir Jun lalu.

MOF berkata jumlah itu merangkumi komitmen jaminan kerajaan sebanyak RM248.3 bilion, meningkat berbanding RM245.8 bilion pada 2025 bagi tujuan pembiayaan projek infrastruktur.

Pada masa sama, obligasi kewangan di bawah kerjasama awam swasta dan inisiatif pembiayaan swasta (PFI) menunjukkan penurunan kepada RM136.2 bilion berbanding RM143.7 bilion pada tahun lalu.

Selain itu, MOF berkata kerajaan kekal komited melaksanakan pembaharuan fiskal bagi memastikan pengurusan hutang lebih berhemah dan menyediakan ruang fiskal yang mampan selaras Kerangka Ekonomi MADANI.

Di bawah FRA 2023 atau Akta 850, kerajaan menetapkan sasaran mengurangkan defisit fiskal kepada bawah tiga peratus daripada KDNK dalam jangka sederhana, selain memastikan nisbah hutang tidak melebihi 60 peratus.

“Objektif fiskal yang ditetapkan di bawah akta ini mengukuhkan perancangan, ketelusan dan pemantauan fiskal serta menjadi panduan berterusan dalam penyediaan belanjawan tahunan,” menurut MOF dalam jawapan bertulis yang disiarkan di laman sesawang Parlimen.

Kenyataan itu menjawab pertanyaan Azli Yusof (PH-Shah Alam) mengenai kedudukan terkini hutang negara dan keseluruhan liabiliti kerajaan serta keberkesanan pelaksanaan FRA dalam mengurangkan defisit fiskal.

Bagi tahun ini, defisit fiskal negara diunjurkan pada 3.6 peratus berbanding sasaran asal 3.5 peratus, mengambil kira kesan krisis di Asia Barat serta keperluan menyokong pertumbuhan ekonomi dan melindungi kesejahteraan rakyat.

MOF menjangkakan defisit itu terus menurun kepada 3.3 peratus tahun depan sebelum mencapai sasaran bawah tiga peratus dalam jangka sederhana.

Dari segi nisbah hutang Kerajaan Persekutuan kepada KDNK, ia diunjurkan menurun daripada 65.2 peratus tahun lalu kepada 64 peratus tahun ini dan 63.7 peratus pada tahun depan.

“Kerajaan menyasarkan untuk mengurangkan nisbah hutang kepada KDNK kepada 60 peratus menjelang 2030 selaras sasaran Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMK13),” katanya.

Usaha itu akan dilaksanakan secara berperingkat melalui pengukuhan kutipan dan pematuhan cukai, peluasan asas hasil, pengurangan ketirisan serta pengoptimuman perbelanjaan awam.

Langkah berkenaan penting bagi memastikan kerajaan terus mempunyai keupayaan membiayai projek pembangunan strategik negara tanpa menjejaskan kemampanan kewangan jangka panjang.

Berita berkaitan
Ringgit mengukuh menjelang pengumuman KDNK suku ketiga
November 18, 2026· Isu semasa
Ekonomi Malaysia dijangka tumbuh lebih 5 peratus tiga tahun berturut-turut
November 15, 2026· Isu semasa
Kerajaan kekal tolak GST, bimbang beban rakyat
November 12, 2026· Isu semasa
Harga minyak RON97 turun 50 sen, RON95 turun 40 sen
November 11, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Kes dadah TUDM: Kabinet akan bincang kawalan keselamatan pangkalan udara
10 jam lalu · Isu semasa
Penempatan Rohingya: Media antarabangsa lapor kerajaan Turkiye nafi kenyataan Zahid
10 jam lalu · Isu semasa
Penjara terlebih kapasiti, hampir 25,000 banduan dibebas secara lesen
10 jam lalu · Isu semasa
Lima syarikat Bumiputera berjaya disenaraikan di Bursa Malaysia
10 jam lalu · Isu semasa
Eksekutif rugi RM617,000 diperdaya pelaburan aksesori kereta
10 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 20 Nov – UMNO-BN Tipu Isu Ismail Lasim, Himpunan bantah isu Najib
November 20, 2026
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 18 Nov – Ismail menghadap Tuanku Muhriz, AMK bidas Mat Maslan
November 17, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok