Harga minyak di Malaysia lebih murah berbanding Singapura, Thai: PMX

July 27, 2025 · Isu semasa

Harga minyak di Malaysia lebih murah jika dibandingkan dengan negara jiran Asean lain, kata Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri mengulas isu harga petrol RON95 yang digunakan sebagai modal politik pihak pembangkang untuk memburuk-burukkan kerajaan pimpinannya.

“Semalam ucap (Himpunan Turun Anwar), harga minyak naik tetapi dia (pembangkang) tidak tahu, tidak puas hati dengan harga minyak di negara ini.

“Pergi beli di Singapura yang lebih tinggi harganya. Begitu juga di Thailand dan Indonesia. Semuanya tinggi, jauh melambung daripada Malaysia,” katanya ketika berucap pada Majlis Peluncuran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang di Dataran Tanjung Emas hari ini.

Anwar berkata penurunan harga petrol RON95 sebanyak enam sen kepada RM1.99 seliter bukan sesuatu yang mudah kerana perlu mengambil kira implikasi kewangan kepada negara.

Dalam pada itu, beliau yang juga Menteri Kewangan menegaskan keputusan kerajaan mengenakan harga RON95 tanpa subsidi kepada warga asing sebaliknya mengikut harga pasaran, dibuat demi melindungi kepentingan rakyat.

Beliau berkata, dakwaan kononnya kerajaan tidak berhati perut apabila mengenakan caj sedemikian adalah tidak berasas.

“Ada yang kata, ‘macam mana ni PMX ni, tak berhati perut, nak minta orang asing bayar lebih.’

“Orang asing pun beri sumbangan juga, tetapi orang asing itu tak bayar cukai. Mana ada di dunia ini orang asing diberi hak yang sama dengan warganegara.

“Saya sebagai Perdana Menteri, tanggungjawab saya yang pertama, jaga rakyat Malaysia. Itu saya pegang,” katanya.

Pada 23 Julai, Perdana Menteri mengumumkan harga petrol RON95 akan turun lebih rendah iaitu RM1.99 seliter selepas penyasaran subsidi bahan bakar itu dilaksanakan kelak.

Anwar berkata, langkah itu tentunya bakal memberi manfaat kepada sekitar 18 juta pemandu kereta dan penunggang motosikal termasuk belia seawal usia 16 tahun dan pekerja gig.

Berita berkaitan
PRN Melaka: Anwar sahkan PH sedia buka ruang kerjasama, bincang cari titik persamaan
4 jam lalu· Politik
Johari: Tiada usul undi tidak percaya diterima di Dewan Rakyat
9 jam lalu· Politik
Anwar sampaikan keresahan keluarga mangsa masih hilang kepada PM Nepal: Bernama
September 22, 2026· Isu semasa
Hassan saran Anwar kekalkan Loke dalam Kabinet, tolak peletakan jawatan
September 22, 2026· Politik
Lagi Isu semasa terkini
RM33.4 juta bunga ganja dirampas, 12 ditahan: Polis Selangor
6 jam lalu · Isu semasa
Remaja kes tikam sekolah Bandar Utama mahu kematian beramai-ramai, mahkamah diberitahu
6 jam lalu · Isu semasa
Kes 43 barang kemas: Global Royalty boleh tuntut RM67.5 juta daripada Rosmah
6 jam lalu · Isu semasa
Anwar luah terkilan, krisis adat Negeri Sembilan masih berlarutan: Laporan
6 jam lalu · Isu semasa
Dua pengarah Mandiri ditahan bantu siasatan AMLA
10 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok