Saifuddin Nasution puji PMX berjaya damaikan konflik antara Thai-Kemboja

July 29, 2025 · Isu semasa

Peranan diplomasi dimainkan Perdana Menteri Anwar Ibrahim dalam konflik dua negara Asean, Thailand dan Kemboja wajar diberikan pujian kerana berjaya membuktikan keyakinan negara rantau terhadap keupayaan Malaysia sebagai pemudah cara berwibawa.

Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail berkata gencatan senjata yang dicapai semasa rundingan di Putrajaya antara Thailand dan Kemboja adalah signifikan kerana mengekalkan kestabilan rantau Asean daripada konflik yang tidak sepatutnya berlaku.

“Sebagai Menteri Dalam Negeri, saya menyatakan sokongan tidak berbelah bahagi kepada Perdana Menteri.

“Keamanan serantau bukan hanya menyumbang kepada kestabilan geopolitik, tetapi juga memberi kesan langsung kepada keharmonian dalam negara menjadikan sempadan kita lebih selamat, kawalan migrasi lebih tersusun, dan keselamatan awam lebih terjamin.

“Kita mesti terus mempertahankan kepimpinan ini demi Malaysia yang dihormati, Asean yang bersatu, dan dunia yang lebih aman,” seru beliau.

Saifuddin memberitahu, dalam era global yang penuh ketidaktentuan ini, keamanan bukan hanya sebuah aspirasi, tetapi keperluan utama bagi kestabilan dan kemakmuran serantau.

Kerajaan Madani Malaysia, di bawah kepimpinan Perdana Menteri, sekali lagi memperkukuh peranan di persada antarabangsa apabila dua negara jiran Asean Thailand dan Kemboja bersetuju menamatkan persengketaan melalui gencatan senjata yang bermula hari ini.

“Sebagai Pengerusi Asean, Malaysia bukan sahaja memikul amanah besar untuk memantau pematuhan gencatan senjata tersebut, malah memperlihatkan keupayaan diplomasi berasaskan nilai iaitu rundingan, hormat-menghormati dan penolakan terhadap keganasan sebagaimana yang teras dalam Piagam Asean.

“KDN, sebagai peneraju keselamatan dalam negeri, turut memainkan peranan penting dalam aspek pelaksanaan pemantauan, perkongsian maklumat perisikan serantau, serta penyelarasan kawalan sempadan bagi menyokong pelaksanaan gencatan senjata ini secara berkesan. Melalui kerjasama agensi seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Imigresen, AKPS dan APMM, KDN memastikan tiada elemen rentas sempadan seperti penyeludupan senjata, pemerdagangan manusia atau pergerakan kumpulan ekstremis yang boleh menggugat proses damai ini.

“Pada masa yang sama, KDN juga mengukuhkan jaringan kerjasama keselamatan dua hala dan pelbagai hala bersama rakan setara di Asean, menjadikan Malaysia bukan sahaja sebagai fasilitator diplomasi, tetapi juga sebagai penyumbang aktif dalam membina ketahanan serantau,” katanya.

Jelas beliau lagi, apa yang berlaku antara Thailand dan Kemboja ini menunjukkan bahawa Asean masih relevan sebagai platform damai dan Malaysia sebagai Pengerusi kini menjadi contoh kepimpinan yang berani, matang dan berkesan.

“Saya merakamkan penghargaan kepada kerajaan Thailand dan Kemboja atas keberanian mereka memilih jalan damai, serta kepada Presiden AS dan China atas sokongan mereka,” ujar Saifuddin.

Berita berkaitan
Skandal FELDA: Laporan awal mula didedah minggu depan
6 jam lalu· Isu semasa
Pengampunan Najib: Anwar dedah apa yang dibincangkan dengan Agong
6 jam lalu· Politik
Isu letak jawatan: Anwar mahu jumpa Loke selepas pulang dari Shanghai
6 jam lalu· Politik
Akta Tahanan Rumah: Tahanan reman mungkin tidak lagi duduk di penjara
13 jam lalu· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Kes scam: Pesara guru rugi RM15,000 ditipu sindiket menyamar pegawai polis
6 jam lalu · Isu semasa
Projek Kampung Angkat MADANI perkasa kemudahan dua kampung di Kuala Pilah: Fahmi
6 jam lalu · Isu semasa
Amaran kecemasan dikeluarkan di tujuh kawasan Saudi
September 19, 2026 · Isu semasa
Bil elektrik boleh turun hingga RM47 sebulan mulai Oktober: TNB
September 18, 2026 · Isu semasa
Sita kargo Israel, bukti Malaysia tak berkompromi: Zulkifli
September 18, 2026 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok