Pengerusi MARA, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menghargai pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dan Menterinya, Datuk Fahmi Fadzil yang peka dan proaktif dalam menyelesaikan isu capaian internet di pusat pendidikan selian agensi tersebut yang sangat penting buat pelajar. Asyraf berucap semasa Majlis Amazing Syawal Universiti Poly-Tech Malaysia (UPTM) pada Khamis.