12 projek bawah MCMC tersenarai dalam anugerah antarabangsa

April 19, 2025 · Isu semasa

Program yang diperkenalkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) mendapat pengikitrafan antarabangsa selepas 12 projek disenarai sebagai finalis untuk Hadiah World Summit on the Information Society (WSIS) 2025.

MCMC menerusi kenyataan memaklumkan Hadiah WSIS anjuran Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa (ITU) dan disokong agensi-agensi Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) merupakan platform diperakui di peringkat global bagi mengiktiraf inisiatif digital yang memberi impak serta menyumbang kepada pembangunan mampan.

“Malaysia telah mencatatkan satu lagi pencapaian penting dalam perjalanan pembangunan digitalnya. Pengiktirafan oleh ITU mencerminkan komitmen berterusan negara untuk memacu keterangkuman digital dan mempromosi inovasi mampan, sejajar dengan aspirasi global di bawah rangka kerja WSIS”, katanya.

MCMC menyifatkan pemilihan daripada ratusan penyertaan seluruh dunia sebagai satu pencapaian hebat.

Selain itu, Malaysia juga dinamakan sebagai Rakan Strategik Platinum pada WSIS+20 tahun ini. Ia satu penghormatan yang menekankan pengaruh negara semakin meningkat dalam perbincangan digital global dan mengukuhkan kemunculan Asia Tenggara sebagai kuasa digital serantau.

MCMC berkata projek yang disenarai pendek itu merangkumi pelbagai Garis Tindakan (AL) WSIS dan amat selari dengan Matlamat Pembangunan Lestari (SDGs) PBB.

“Projek terpilih termasuk Kesalinghubungan Luar Bandar Ditakrifkan Semula: Bagaimana SMART600 Membentuk Masa Depan Sarawak, MetaHRise: Mentransformasi Suai Tugas (Onboarding) dan Pembangunan Bakat melalui Metaverse serta Pusat Penyebaran Maklumat Kebangsaan.

“Selain itu, ialah Program Masyarakat Tanpa Tunai MCMC, Kiosk Telekesihatan Pintar Sihat Xpress dan Memperkasakan Komuniti untuk Penggunaan AI yang Sihat dan Beretika menerusi program MCMC Microsoft AI TEACH.

MCMC berkata susulan kejayaan pada 2023 and 2024, senarai pendek tahun ini adalah berdasarkan reputasi Malaysia yang semakin meningkat sebagai peneraju serantau dalam menggunakan ICT untuk pembangunan inklusif.

“Dengan sokongan padu merentas kementerian dan agensi kerajaan, projek-projek ini mendorong ke arah masyarakat yang lebih terhubung secara digital dan diperkasakan.

Undian awam untuk Hadiah WSIS 2025 kini dibuka.

“Rakyat Malaysia digalakkan untuk mengambil bahagian dan menyokong usaha tempatan di pentas dunia dengan mengundi projek yang memberi inspirasi kepada mereka”, menurut kenyataan itu.

Berita berkaitan
Seorang didakwa, lima dikompaun kes berita palsu isu minyak: MCMC
15 jam lalu· Isu semasa
MCMC ambil tindakan pantas tangani berita palsu krisis tenaga: Fahmi
April 16, 2026· Isu semasa
Malaysia paling berdaya tahan dalam ASEAN hadapi kesan konflik Asia Barat
April 16, 2026· Isu semasa
IMF naikkan unjuran ekonomi Malaysia: Laporan
April 15, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Ringgit terus mengukuh, pasaran tunggu data KDNK suku pertama
4 jam lalu · Isu semasa
Pelaburan RM2 bilion perkasa usahawan bumiputera: Anwar
15 jam lalu · Isu semasa
Harga beras Asia naik mendadak ekoran krisis Asia Barat
April 16, 2026 · Isu semasa
Dron AS bernilai AS$238 juta hilang semasa operasi di Iran: Laporan
April 16, 2026 · Isu semasa
Keperluan bahan api dalam negara diutamakan sebelum bekal kepada Australia: PMX
April 16, 2026 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Pertumbuhan ekonomi negara lepasi sasaran, usaha kerajaan berhasil
February 13, 2026
[VIDEO] Jawatankuasa khas siasat isu saham Azam ditubuhkan
February 13, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok