Perdana Menteri Anwar Ibrahim bersama Sultan Hassanal Bolkiah semasa Sidang Kemuncak Asean.
Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah yang kini berada di Institut Jantung Negara (IJN) dilaporkan dalam keadaan sihat sejahtera.
Jabatan Perdana Menteri Brunei memaklumkan perkara itu menerusi kenyataan pada Selasa.
“Jabatan Perdana Menteri ingin memaklumkan bahawa Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Almarhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam adalah dalam keadaan sihat sejahtera.
“Kebawah Duli Yang Maha Mulia sedang berada di Malaysia untuk menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 dan Sidang-Sidang Berkaitan.
“Baginda telah berasa letih dan atas nasihat pakar kesihatan tuan rumah, untuk berehat beberapa hari di Institut Jantung Negara, Kuala Lumpur,” menurut kenyataan itu.
Terdahulu, Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengesahkan Sultan Hassanal Bolkiah kini berada di IJN.
Anwar berkata, baginda dilaporkan berasa letih dan memilih untuk berehat di IJN. – Bernama
Gempa Batu Pahat, gegaran dirasai di enam kawasan sehingga ke Putrajaya
Tiga pelakon ditahan susulan video tular persenda Rukun Negara
53 ditahan dalam Op Pedo 3.0, guru dan pembantu makmal antara suspek
Kes scam: Panik kena dakwa, wanita jual barang kemas RM500,000
1MDB mohon izin rayu keputusan libat firma guaman UK
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum