Perdana Menteri Anwar Ibrahim bersama Sultan Hassanal Bolkiah semasa Sidang Kemuncak Asean.
Perdana Menteri, Anwar Ibrahim bersama isteri, Dr Wan Azizah Wan Ismail hari ini menziarahi Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah yang sedang menerima rawatan di Institut Jantung Negara (IJN) akibat keletihan.
Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataan berkata, keadaan baginda dilaporkan stabil dan baik.
“Namun begitu, baginda masih memerlukan pemantauan oleh pasukan perubatan. Ketika ini, baginda ditemani oleh Raja Isteri Pengiran Anak Saleha,” kata PMO.
Menurut kenyataan itu lagi, pihak pasukan perubatan telah menasihatkan agar baginda tidak menerima sebarang pelawat buat masa ini, kecuali daripada keluarga Diraja Brunei demi memastikan proses pemulihan dapat berjalan dengan lancar.
Katanya, Perdana Menteri menyeru seluruh rakyat Malaysia untuk bersama-sama mendoakan semoga baginda dikurniakan afiyah sesegera mungkin serta sentiasa berada dalam lindungan dan rahmat Allah SWT.
Sultan Hassanal Bolkiah berada di negara ini sempena Sidang Kemuncak ASEAN yang berakhir semalam. Beliau dilaporkan mengalami keletihan dan berehat di IJN semalam.
Ebit Lew diperintah bela diri kes gangguan seksual
Kapal bantuan Gaza dipintas, Malaysia kecam tindakan tentera Zionis: Fahmi
Pengesahan identiti pengguna: Penyedia platform media sosial beri kerjasama positif
Misi Flotilla Gaza 2.0: 10 warga Malaysia disahkan terputus hubungan
Wanita didakwa sebar berita palsu harga minyak: MCMC
[VIDEO] Pertumbuhan ekonomi negara lepasi sasaran, usaha kerajaan berhasil
[VIDEO] Jawatankuasa khas siasat isu saham Azam ditubuhkan