Ringgit dibuka tinggi menjelang pengumuman data inflasi AS

October 24, 2025 · Isu semasa

Ringgit menunjukkan prestasi kukuh pada pembukaan dagangan pagi Jumaat berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), didorong oleh sikap hati-hati pelabur yang menanti pengumuman data inflasi AS yang dijadualkan pada malam ini.

Pada pukul 9 pagi, unit tempatan didagangkan pada 4.2190/2285 berbanding dolar AS, lebih tinggi berbanding penutupan Khamis pada 4.2250/2285.

Menurut Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr. Mohd Afzanizam Abdul Rashid, semua mata tertumpu kepada laporan Indeks Harga Pengguna (IHP) AS yang akan dikeluarkan tidak lama lagi.

“Laporan IHP AS akan menjadi penentu arah aliran hari ini, dan ianya tetap akan dikeluarkan walaupun berlatarbelakangkan penutupan kerajaan AS,” katanya.

Anggaran konsensus menjangkakan inflasi teras AS meningkat kepada 3.1 peratus pada bulan September, berbanding 2.9 peratus pada Ogos.

“Nampaknya tarif import AS telah mula memberi impak kepada harga barangan dan perkhidmatan dengan kutipan duti Kastam AS telah melonjak 200 peratus,” tambahnya lagi.

Berkenaan dengan jangkaan untuk hari ini, beliau menjangkakan ringgit dijangka diniagakan dalam jajaran kecil berbanding dolar, antara RM4.22 hingga RM4.23 hari ini.”

Selain itu, ringgit juga didagangkan lebih tinggi berbanding majoriti mata wang utama yang lain. Unit tempatan menguat berbanding pound Britain kepada 5.6227/6353 dan terhadap yen Jepun kepada 2.7655/7719.

Bagaimanapun, ringgit sedikit merosot berbanding euro.

Tren positif turut dilanjutkan terhadap mata wang rantau ASEAN dengan ringgit diperhatikan lebih kukuh berbanding dolar Singapura, peso Filipina, baht Thailand, dan rupiah Indonesia, menandakan satu hari pembukaan yang memberangsangkan untuk mata wang tempatan.

Berita berkaitan
Ringgit dibuka tinggi menjelang PRN Negeri Sembilan: Bernama
July 27, 2026· Isu semasa
MCMC siasat dakwaan kebocoran data Khairul Aming
July 21, 2026· Isu semasa
Ringgit meningkat kepada RM4.07 sedolar: Bernama
July 1, 2026· Isu semasa
Surcaj elektrik dorong inflasi meningkat kepada 2.0%: BNM
June 30, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Anwar tegas martabatkan bahasa Melayu, perluas penguasaan bahasa asing
July 28, 2026 · Isu semasa
Aminuddin gesa tindakan tegas terhadap pihak hina institusi diraja
18 jam lalu · Isu semasa
RCI Tabung Haji: Kerajaan buat keputusan Rabu ini
20 jam lalu · Isu semasa
CTPR: MCMC perkukuh kapasiti kawal selia digital Malaysia, ASEAN
20 jam lalu · Isu semasa
Jangan heret istana dalam politik : Istana Negeri Sembilan
22 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Peguam PH dakwa kenyataan Asyraf Wajdi boleh kelirukan rakyat, gesa PDRM dan SPR siasat
10 jam lalu
[VIDEO] Khaled Nordin lekeh Bersatu macam budak-budak, banyak mana pengalaman dia dengan saya?
July 27, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok