Kestabilan dan perpaduan keperluan penting untuk kemajuan negara: PMX

June 2, 2025 · Isu semasa

Perdana Menteri, Anwar Ibrahim hari ini menegaskan bahawa perpaduan nasional bukan lagi satu pilihan, sebaliknya menjadi keperluan utama untuk memastikan kelangsungan pembangunan negara.

Beliau berkata, perpaduan itu asas kepada pembangunan sebuah negara selain menjadi pemangkin kepada kemajuan Malaysia.

“Malaysia hanya akan terus teguh jika kita kukuh berpadu.

“Kestabilan dan perpaduan nasional adalah syarat asas kepada segala kemajuan. Dalam dunia yang cepat berubah dan sarat cabaran, perpaduan bukan pilihan, ia adalah keperluan,” katanya.

Anwar berkata demikian dalam ucapan sembah tahniah pada Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan bagi tahun 2025, sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim di Istana Negara, hari ini.

Berangkat pada istiadat itu, Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah.

Turut hadir, isteri Perdana Menteri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Yang Dipertua Dewan Rakyat Johari Abdul dan Yang Dipertua Dewan Negara  Awang Bemee Awang Ali Basah.

Hadir bersama Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil dan menteri-menteri Kabinet.

Anwar berkata Kerajaan MADANI di bawah naungan dan titah pandu Seri Paduka Baginda, akan terus komited melaksanakan agenda reformasi menyeluruh berpaksikan prinsip-prinsip yang Madani.

“Pembangunan kebendaan semata tentunya tidak mencukupi. Malah, mesti diseimbangkan dengan nilai-nilai manusiawi, keadilan sosial dan karamah insaniah,” kata Perdana Menteri.

Beliau berkata pembangunan prasarana dan kemudahan awam tidak terbatas kepada projek mega seperti Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) dan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) sahaja, sebaliknya kemudahan asas seperti sekolah, hospital dan jaringan pengangkutan perlu diperbaiki, dinaik taraf serta ditingkatkan.

“Rakyat tidak hanya dijanjikan harapan, tetapi juga dibela secara nyata dan berterusan,” katanya.

Perdana Menteri turut menekankan bahawa strategi untuk meningkatkan pendapatan rakyat akan terus digerakkan melalui reformasi struktur ekonomi, kemasukan pelaburan berkualiti tinggi serta pengukuhan ekosistem teknologi dan inovasi.

Anwar berkata setiap anak watan harus berpeluang untuk maju, tanpa mengira latar belakang kaum atau budaya. – Bernama

Berita berkaitan
PRN Melaka: Anwar sahkan PH sedia buka ruang kerjasama, bincang cari titik persamaan
21 jam lalu· Politik
Johari: Tiada usul undi tidak percaya diterima di Dewan Rakyat
September 23, 2026· Politik
Anwar sampaikan keresahan keluarga mangsa masih hilang kepada PM Nepal: Bernama
September 22, 2026· Isu semasa
Hassan saran Anwar kekalkan Loke dalam Kabinet, tolak peletakan jawatan
September 22, 2026· Politik
Lagi Isu semasa terkini
JPJ nafi hantaran tular berkait lesen kepada Rohingya, buat laporan MCMC: Bernama
5 jam lalu · Isu semasa
RM33.4 juta bunga ganja dirampas, 12 ditahan: Polis Selangor
22 jam lalu · Isu semasa
Remaja kes tikam sekolah Bandar Utama mahu kematian beramai-ramai, mahkamah diberitahu
22 jam lalu · Isu semasa
Kes 43 barang kemas: Global Royalty boleh tuntut RM67.5 juta daripada Rosmah
23 jam lalu · Isu semasa
Anwar luah terkilan, krisis adat Negeri Sembilan masih berlarutan: Laporan
23 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok