PMX ucap takziah kepada keluarga kemalangan bas, gesa bantuan segera

June 9, 2025 · Isu semasa

Perdana Menteri Anwar Ibrahim bersimpati dengan keluarga mangsa kemalangan bas berhampiran Gerik awal pagi tadi.

Anwar mengarahkan Kementerian Pendidikan Tinggi untuk menyelaras bantuan sewajarnya buat keluarga mangsa yang terlibat dalam nahas membabitkan penuntut Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) dan berharap pihak terlibat tabah menghadapi dugaan.

“Takziah kepada semua keluarga mangsa. Kami mendoakan agar kalian diberi kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi dugaan yang amat berat ini,” katanya dalam hantaran di Facebook.

Anwar berkata, musibah menyayat hati sebegini yang sering kali berulang seharusnya menjadi pengajaran buat semua agar sentiasa berhati-hati dan usah terburu-buru mengejar destinasi.

“Nyawa kalian terlalu berharga dan tiada galang ganti,” ujarnya.

Terdahulu, media melaporkan sebuah bas membawa pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) terlibat dalam kemalangan dan terbalik di Jalan Raya Timur Barat, berhampiran Tasik Banding, Perak

Kemalangan ngeri itu menyebabkan seramai 15 orang mangsa disahkan maut selepas bas tersebut terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Alza.

Berita berkaitan
Johari: Tiada usul undi tidak percaya diterima di Dewan Rakyat
5 jam lalu· Politik
Anwar sampaikan keresahan keluarga mangsa masih hilang kepada PM Nepal: Bernama
September 22, 2026· Isu semasa
Hassan saran Anwar kekalkan Loke dalam Kabinet, tolak peletakan jawatan
September 22, 2026· Politik
Anwar imbau detik di Penjara Sungai Buloh
September 22, 2026· Politik
Lagi Isu semasa terkini
RM33.4 juta bunga ganja dirampas, 12 ditahan: Polis Selangor
1 jam lalu · Isu semasa
Remaja kes tikam sekolah Bandar Utama mahu kematian beramai-ramai, mahkamah diberitahu
2 jam lalu · Isu semasa
Kes 43 barang kemas: Global Royalty boleh tuntut RM67.5 juta daripada Rosmah
2 jam lalu · Isu semasa
Anwar luah terkilan, krisis adat Negeri Sembilan masih berlarutan: Laporan
2 jam lalu · Isu semasa
Dua pengarah Mandiri ditahan bantu siasatan AMLA
5 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok