SPRM baru-baru ini mendedahkan sedang menyiasat seorang individu bergelar “Tan Sri” terlibat dalam penyelewengan dana projek pembinaan lebuh raya di Lembah Klang.
Keterangan seorang individu bergelar Tan Sri hari ini berhubung kes penyelewengan dana sukuk pembinaan sebuah lebuh raya di Lembah Klang akan diambil hari ini.
Sebuah portal memetik sumber berkata Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan mengambil keterangan di ibu pejabat selepas Tan Sri tersebut keluar dari hospital.
“Ya, disahkan beliau akan hadir esok (hari ini) pada pukul 9 pagi. Beliau sudah keluar dari hospital selepas selesai menjalani rawatan,” katanya dipetik laporan Utusan Online.
Jumlah sitaan melibatkan penyelewengan dana sukuk pembinaan lebuh raya di Lembah Klang itu bernilai RM143 juta.
Sebelum ini, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, bagi menyeleweng dana-dana berkenaan, pihak terlibat dipercayai menggunakan golongan profesional seperti juruaudit, pakar kewangan, jurutera serta syarikat-syarikat yang bertindak sebagai penerima wang secara berlapis (layering).
Seramai 45 orang dan saksi-saksi yang telah diambil keterangan dipanggil semula untuk memberi keterangan lanjut.
Pasukan siasatan juga sedang mengesan kenderaan mewah dan hartanah suspek di dalam serta luar negara termasuk di London, United Kingdom (UK) dan Switzerland.
Siasatan turut tertumpu kepada nilai sebenar minuman alkohol mewah dalam simpanan Tan Sri itu dengan kemungkinan wang berkenaan telah dipindahkan ke akaun-akaun lain.
Pada masa yang sama, notis pengisytiharan harta juga telah diserahkan kepada suspek dan pihak yang berkaitan.
Kerajaan teruskan bantuan BUDI Agri-Komoditi: Anwar
Bekalan minyak negara stabil hingga Julai: Akmal Nasrullah
JAWI kekalkan status sesat bagi ajaran Ahmadiah, Qadiani
Harga sayur naik di Kelantan, Mat Sabu arah FAMA pantau
Pencalonan Anugerah Seri Angkasa 2026 dibuka 4 Jun
[VIDEO] Anwar beri bayangan PRU awal jika berterusan ada ugutan
[VIDEO] Literasi digital jadi benteng kekang jenayah siber kanak-kanak: Fahmi