Anwar Ibrahim tiba di Warung Kuning, Taman Tenaga, Cheras untuk menikmati makan tengahari sebelum menunaikan solat Jumaat di Masjid Az- Zubair di Kuala Lumpur hari ini.
Malaysia tidak akan tunduk dan mengikut telunjuk Amerika Syarikat (AS) yang sedang melobi negara asing supaya tidak menghadiri persidangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) minggu depan yang dianjurkan bersama oleh Perancis dan Arab Saudi.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Malaysia tetap akan menghantar wakil ke persidangan PBB walaupun AS sedang berusaha memberi tekanan kepada negara asing supaya tidak hadir ke persidangan tersebut.
“Mana-mana negara berhak hadir untuk mengemukakan pandangan mereka terutama keadilan bagi rakyat Palestin dan Gaza. Itu pandangan kita.
“Jadi saya menyokong inisiatif dalam hal ini oleh Putera Mahkota Mohamed bin Salman dan juga Presiden Perancis, (Emmanuel) Macron,” katanya ditemui media selepas solat Jumaat di Masjid Azzubair Ibnul Awwam hari ini.
Media semalam melaporkan, AS dipimpin Donald Trump sedang melobi negara-negara asing supaya tidak menghadiri persidangan PBB minggu depan yang dianjurkan bersama oleh Perancis dan Arab Saudi.
Persidangan dijadual berlangsung di New York dari 17 hingga 20 Jun, dengan fokus utama terhadap penyelesaian dua negara dalam konflik Israel-Palestin.
Mengulas lanjut, Anwar berkata Malaysia akan menghantar wakil untuk hadir ke persidangan itu nanti.
“Ada (wakil Malaysia tapi) bukan saya,” katanya ringkas.
Kes scam: Pesara guru rugi RM15,000 ditipu sindiket menyamar pegawai polis
Projek Kampung Angkat MADANI perkasa kemudahan dua kampung di Kuala Pilah: Fahmi
Akta Tahanan Rumah: Tahanan reman mungkin tidak lagi duduk di penjara
Amaran kecemasan dikeluarkan di tujuh kawasan Saudi
Bil elektrik boleh turun hingga RM47 sebulan mulai Oktober: TNB
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum