Kedudukan Malaysia dalam penarafan daya saing melonjak naik, reformasi berhasil

June 17, 2025 · Isu semasa

Laporan Penarafan Daya Saing Dunia 2025 yang terbaharu meletak Malaysia pada kedudukan ke-23 dan ia merupakan pencapaian terbaik pernah direkodkan berbanding lima tahun lalu.

WCR diterbitkan setiap tahun oleh Institut Pembangunan Pengurusan (IMD) yang berpangkalan di Switzerland dan laporan terbaharu itu menyaksikan Malaysia naik 11 anak tangga.

Menerusi hantaran di laman sosial Facebook, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata ia petunjuk jelas bahawa usaha reformasi Kerajaan MADANI sedang membuahkan hasil.

“Kita buktikan Malaysia mampu melonjak jauh dengan tekad politik, iltizam seluruh jentera kerajaan dan kerjasama erat sektor swasta.

“Prestasi memberangsangkan dalam perdagangan, kecekapan pentadbiran dan persekitaran pelaburan menjadi asas kukuh kepada kemajuan ekonomi yang inklusif serta mampan.

“Pencapaian ini milik semua rakyat Malaysia. la antara asas penting dalam perjalanan kita meletakkan negara dalam kelompok ekonomi paling berdaya saing menjelang 2033 demi masa depan lebih cerah untuk anak kita,” katanya.

Tahun lalu, Malaysia berada pada tangga ke-34 dalam Laporan Penarafan Daya Saing Dunia 2024.

Sub-faktor yang menunjukkan lonjakan besar adalah Ekonomi Domestik meningkat 20 anak tangga di kedudukan ke 15 ketika ini.

Selain itu, Perdagangan Antarabangsa yang kini berada di kedudukan ke-enam selepas naik 11 anak tangga.

Harga pula berada di kedudukan teratas iaitu nombor satu selepas naik satu anak tangga, manakala Produktiviti dan Kecekapan naik 19 anak tangga dan kini berada di kedudukan ke-34.

Pasaran Buruh pula mencatatkan kenaikan 11 anak tangga dan kini berada di kedudukan ke-23.

Untuk rekod, WCR merupakan laporan komprehensif yang menilai sesebuah ekonomi berdasarkan keupayaan menjana dan mengekalkan persekitaran mesra perniagaan yang menyumbang kepada kemakmuran jangka panjang.

Berita berkaitan
Skandal FELDA: Laporan awal mula didedah minggu depan
8 jam lalu· Isu semasa
Pengampunan Najib: Anwar dedah apa yang dibincangkan dengan Agong
8 jam lalu· Politik
Isu letak jawatan: Anwar mahu jumpa Loke selepas pulang dari Shanghai
8 jam lalu· Politik
Pengampunan Najib: PH tegaskan tiada siapa mengatasi undang-undang
September 18, 2026· Politik
Lagi Isu semasa terkini
Kes scam: Pesara guru rugi RM15,000 ditipu sindiket menyamar pegawai polis
8 jam lalu · Isu semasa
Projek Kampung Angkat MADANI perkasa kemudahan dua kampung di Kuala Pilah: Fahmi
8 jam lalu · Isu semasa
Akta Tahanan Rumah: Tahanan reman mungkin tidak lagi duduk di penjara
15 jam lalu · Isu semasa
Amaran kecemasan dikeluarkan di tujuh kawasan Saudi
September 19, 2026 · Isu semasa
Bil elektrik boleh turun hingga RM47 sebulan mulai Oktober: TNB
September 18, 2026 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok