Lebih 200,000 penjawat awam mula kerja dari rumah esok

April 14, 2026 · Isu semasa

Lebih 200,000 penjawat awam dijangka terlibat dalam pelaksanaan bekerja dari rumah (BDR) yang bermula esok, selaras langkah kerajaan menangani tekanan kos akibat krisis tenaga global.

Ketua Setiausaha Negara Shamsul Azri Abu Bakar, berkata pelaksanaan itu bergantung kepada kelulusan ketua jabatan masing-masing berdasarkan keperluan tugas.

“Walaupun sistem BDR mampu menampung sehingga 200,000 penjawat awam, bukan semua akan diluluskan kerana ia tertakluk kepada pertimbangan ketua jabatan,” katanya selepas merasmikan Program Semarakkan Inovasi Sektor Awam 2026 di Pusat Konvensyen Majlis Bandaraya Shah Alam.

Dasar BDR ini dilaksanakan sebagai langkah penjimatan susulan krisis tenaga global yang memberi tekanan kepada kos operasi kerajaan.

Ia melibatkan kementerian, agensi, badan berkanun serta syarikat berkaitan kerajaan (GLC), dengan penjawat awam dibenarkan bekerja dari rumah selama tiga hari seminggu.

Langkah ini juga bertujuan mengurangkan penggunaan bahan api serta meningkatkan kecekapan perbelanjaan kerajaan, selain mengurangkan kebergantungan kepada tenaga dalam jangka pendek.

Bagaimanapun, pelaksanaan ini terhad kepada penjawat awam di Putrajaya, Kuala Lumpur, Selangor dan ibu negeri, khususnya mereka yang tinggal lebih lapan kilometer dari pejabat.

Sektor keselamatan, pertahanan, kesihatan dan pendidikan tidak terlibat dalam dasar ini bagi memastikan perkhidmatan kritikal terus berjalan seperti biasa.

Pada masa sama, Shamsul Azri menegaskan bahawa penjawat awam perlu terus menjalankan tugas dengan penuh tanggungjawab sepanjang tempoh BDR.

“Kerajaan meluluskan dasar ini, tetapi saya yakin penjawat awam tidak akan mengambil kesempatan untuk berehat atau melakukan perkara lain yang tidak berkaitan kerja,” katanya.

Beliau turut mengingatkan pelaksanaan BDR bukan alasan untuk menangguhkan program kerajaan.

Sebaliknya, penjawat awam perlu menyemak semula pelaksanaan program agar selaras dengan dasar penjimatan semasa.

“Yang penting ialah menyesuaikan program dengan keadaan semasa, bukan membatalkan keperluan utama. Jika sesuatu itu penting, ia tetap perlu dilaksanakan,” katanya.

Berita berkaitan
Kerajaan kaji had pergerakan menteri dalam berdepan krisis tenaga: Anwar
April 24, 2026· Isu semasa
Pelaksanaan bekerja dari rumah bagi pengamal media perlu dikaji terlebih dahulu: Fahmi
April 3, 2026· Isu semasa
Kerja dari rumah bermula 15 April, langkah hadapi tekanan ekonomi
April 2, 2026· Isu semasa
Kerajaan nafi dakwaan Bloomberg isu saham Azam Baki
March 31, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
MCMC arah turunkan lebih 271,000 kandungan scam dan judi online
5 jam lalu · Isu semasa
MCMC perkukuh kerjasama banteras scam dalam talian dengan GASA: Fahmi
5 jam lalu · Isu semasa
Banyak akaun palsu digunakan untuk hasilkan kandungan 3R: Fahmi
8 jam lalu · Isu semasa
Malaysia gesa perjanjian damai AS-Iran dipercepat: PMX
8 jam lalu · Isu semasa
FINAS, TikTok Malaysia lancar Program Belia Kreatif
8 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Anwar beri bayangan PRU awal jika berterusan ada ugutan
May 17, 2026
[VIDEO] Literasi digital jadi benteng kekang jenayah siber kanak-kanak: Fahmi
May 12, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok