Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengawal ketat program dihadiri Ketua Pesuruhjayanya, Azam Baki.
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) meningkatkan kawalan keselamatan semasa Majlis Konvokesyen Pegawai Integriti Bertauliah (CeIO) yang dihadiri Ketua Pesuruhjayanya, Azam Baki, di Pusat Konvensyen Bangi Avenue hari ini.
Tinjauan mendapati setiap pintu masuk ke dewan dikawal rapi oleh pasukan keselamatan SPRM dengan kerjasama polis bantuan serta anggota Polis Diraja Malaysia.
Majlis yang bermula sekitar jam 8.30 pagi itu berlangsung lancar tanpa sebarang gangguan.
Petugas media yang membuat liputan turut dikenakan prosedur ketat apabila diwajibkan mendaftar dan memakai pas khas sebelum dibenarkan masuk ke lokasi.
Turut hadir ialah ahli Lembaga Pengiktirafan Pegawai Integriti Bertauliah (LPPIB) serta pegawai kanan SPRM.
Menurut sumber, kawalan ketat tersebut dilaksanakan sebagai langkah pencegahan bagi mengelakkan kejadian tidak diingini daripada berulang.
“Langkah keselamatan dipertingkatkan bagi memastikan kelancaran majlis dan keselamatan semua pihak,” katanya.
Tindakan itu diambil susulan insiden kekecohan yang berlaku dalam satu program wacana di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur pada 7 April lalu.
Dalam kejadian sekitar jam 2.45 petang itu, dua lelaki bertindak menghampiri Azam sambil memegang sepanduk dan menjerit.
Situasi menjadi tegang apabila salah seorang daripada mereka cuba meluru ke hadapan pentas, menyebabkan gangguan terhadap perjalanan program berkenaan.
Insiden tersebut mencetuskan kebimbangan terhadap aspek keselamatan dalam majlis melibatkan tokoh penting, sekali gus mendorong SPRM mengambil pendekatan lebih tegas dalam pengurusan acara rasmi mereka.
Shuhaily kembali bertugas di AKPS, pengganti belum dibincang: Saifuddin
Bekalan makanan negara cukup untuk enam bulan: Zahid
Minyak dunia berisiko melonjak AS$140 setong: Goldman Sachs
Ringgit dibuka tinggi didorong jangkaan normalisasi OPR: Bernama
Johari: Kebergantungan pekerja asing perlu dikurangkan segera
[VIDEO] BN dapat mandat penuh tapi isu rakyat Melaka tak selesai
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum