Gula putih tak dikenakan cukai SST, MOF beri penjelasan

June 20, 2025 · Isu semasa

Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) yang berkuat kuasa pada 1 Julai depan tidak dikenakan bagi gula bertapis atau gula putih, kata Kementerian Kewangan (MOF).

MOF memberikan penjelasan susulan kenyataan MSM Malaysia Holdings Berhad (MSM) yang membangkitkan kebimbangan berhubung kesan cukai jualan ke atas gula mentah terhadap harga pasaran.

Menurutnya, kerajaan MADANI mengambil pendekatan bersasar dengan tidak mengenakan cukai ke atas barangan keperluan utama rakyat seperti gula, garam, ayam, telur, daging, ikan, sayur-sayuran, minyak masak dan beras bagi memastikan rakyat tidak terkesan dengan pelaksanaan semula SST.

“Gula mentah yang digunakan dalam pengeluaran gula halus akan dikenakan cukai jualan sebanyak lima peratus.

“Namun, pengilang seperti MSM layak memohon pengecualian cukai atas bahan mentah dan input mereka,” katanya dalam kenyataan.

Kenyataan MOF dikeluarkan susulan kebimbangan orang ramai terhadap kemungkinan kenaikan harga gula susulan pelaksanaan semakan SST.

Namun, MOF menjelaskan kerajaan memberi jaminan langkah-langkah bersesuaian telah diambil bagi mengelakkan kesan kepada pengguna.

Dalam pada itu, MOF menjelaskan disebabkan MSM layak memohon pengecualian, tiada sebab untuk berlakunya sebarang kenaikan harga gula putih, memandangkan pengilang turut menerima insentif bulanan daripada kerajaan bagi menjamin kestabilan bekalan dan harga di pasaran.

Katanya, pengecualian cukai itu boleh dipohon menerusi Jabatan Kastam Diraja Malaysia, seperti diperuntukkan di bawah Butiran 1, Lajur (2), Jadual B dalam Perintah Cukai Jualan (Orang Yang Dikecualikan daripada Pembayaran Cukai).

Berita berkaitan
Tiada lesen judi baharu bawah Kerajaan MADANI, Sanusi jangan auta: MOF
13 jam lalu· Politik
Banjir Nepal: Kerajaan giat kesan 54 rakyat Malaysia
23 jam lalu· Isu semasa
Anwar: Kebebasan mahasiswa mesti diberi sepenuhnya
August 26, 2026· Politik
Cadangan Audit forensik FELDA akan dibawa ke Kabinet: Anwar
August 25, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
20 kawasan dilanda jerebu, Sri Aman paling teruk
August 28, 2026 · Isu semasa
Gempa 3.4 magnitud gegar Temenggor
August 28, 2026 · Isu semasa
Majlis Amanat Hari Kebangsaan dipindah ke PICC kerana jerebu
13 jam lalu · Isu semasa
RCI Tabung Haji: Bekas pengerusi TH, KSP direman tujuh hari
19 jam lalu · Isu semasa
Bekas menteri dijangka didakwa rasuah esok, identiti belum didedahkan: Laporan
19 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] AUKU wajib dimansuhkan, PMX sifatkan hubungan dengan Zahid masih baik
August 16, 2026
[VIDEO] Dakwaan aset TH dijual kepada bukan Islam satu fitnah jahat, bidas menteri
August 11, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok