Aduan tindakan disiplin, Rafizi tak gentar hadapi sebarang kemungkinan

July 14, 2025 · Politik

Rafizi Ramli bersedia untuk berdepan sebarang kemungkinan termasuk desakan digantung keahlian yang dibuat terhadapnya hanya kerana membangkitkan isu penting dalam pentadbiran kerajaan ketika ini.

Bekas timbalan presiden PKR itu yang sebelum ini menggesa penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung krisis pelantikan kehakiman berkata sebarang tindakan disiplin perlu melalui proses mengikut undang-undang parti.

“Itu hak mereka lah. Parti ada proses, ada perlembagaan kan.

“Jadi memang dalam hak mereka lah untuk mendesak, tapi proses dia perlulah ada orang yang kena buat laporan disiplin ke lembaga disiplin.

“Kemudian lembaga disiplin kena melalui proses dan akhirnya keputusan itu adalah keputusan Majlis Pimpinan Pusat (MPP),” katanya ketika ditanya selepas forum mengenai kehakiman malam tadi.

Setakat ini, 19 ketua cabang dari Johor dan 11 ketua cabang PKR dari Kedah menggesa penggantungan Rafizi dan lapan Ahli Parlimen (MP) itu kerana dituduh melanggar disiplin parti.

Bagaimanapun, Rafizi mengingatkan PKR sebuah “parti reformasi” yang meraikan perbezaan pendapat.

“Sebagai Ahli Parlimen, kami ada dua tanggungjawab yang kami nak kena imbangkan. Satu ialah sebagai anggota parti. Dan kalau sebagai anggota parti itu, saya rasa sumbangan kami yang lama-lama ini, lagi banyak lah daripada ketua-ketua cabang yang baru masuk lima, enam bulan tu kan kepada parti.

“Jadi, yang itu dari segi tanggungjawab kami sebagai anggota parti. Tapi kami juga ada tanggungjawab sebagai ahli parlimen. Dan ahli parlimen bila ada isu-isu yang besar, yang perlu kami suarakan, kami perlu suarakan.

“Cuma nasihat saya kepada ketua-ketua cabang yang ghairah nak buat petisyen dan sebagainya ini kan, berhati-hati kerana PKR ni parti reformasi.

“Dan satu perkara yang membezakan PKR daripada parti-parti lain, ialah kerana kita memang memberi ruang untuk berbeza pandangan,” katanya lagi.

Terdahulu, ketika forum berlangsung, Rafizi ditanya jika dia berpuas hati dengan tahap sokongan yang diterimanya dan lapan lagi MP PKR dalam usaha mereka mendesak penubuhan RCI berhubung isu kehakiman.

Berita berkaitan
Kerajaan mula kaji sistem cukai hybrid SST-GST: Fahmi
5 jam lalu· Isu semasa
AUKU akan dimansuhkan, pentadbiran universiti diberi nafas baharu: Fahmi
5 jam lalu· Isu semasa
RCI Tabung Haji: Siasatan tak terikat untuk tempoh 2014-2020, boleh diperluas
August 18, 2026· Isu semasa
Kerajaan terbuka kaji gabung elemen SST, GST
August 18, 2026· Isu semasa
Lagi Politik terkini
Rafizi teruskan saman fitnah terhadap Caprice kerana dakwaan rasuah
2 jam lalu · Politik
Seorang MKT UMNO persoal gesaan ganti Asyraf Wajdi sebagai Pengerusi MARA
6 jam lalu · Politik
Syahredzan cadang peruntukan Ahli Parlimen ikut jumlah pengundi
7 jam lalu · Politik
Jika BN-PH bersama, saya tak bertanding PRN Melaka: Akmal
7 jam lalu · Politik
PH-BN mungkin runding kerusi elak pertembungan di Melaka: Saifuddin
August 18, 2026 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] AUKU wajib dimansuhkan, PMX sifatkan hubungan dengan Zahid masih baik
August 16, 2026
[VIDEO] Dakwaan aset TH dijual kepada bukan Islam satu fitnah jahat, bidas menteri
August 11, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok