Ahli UMNO jangan ikut rentak pihak luar: Asyraf Wajdi

January 16, 2026 · Politik

UMNO diingatkan supaya tidak terperangkap menjadi ‘penari’ kepada irama politik yang dimainkan pihak lain, sebaliknya kekal fokus membawa agenda dan perjuangan parti sendiri demi rakyat.

Setiausaha Agungnya, Asyraf Wajdi Dusuki, berkata UMNO tidak perlu melayan provokasi atau naratif songsang yang cuba mengelirukan rakyat, sebaliknya harus yakin dengan hala tuju dan asas perjuangan yang telah dipersetujui sejak pembentukan negara.

“Biarlah mereka memukul gendang mereka. Lagu dan nada UMNO jauh lebih besar maknanya.

“Nyanyikan kepada rakyat kerja yang kita buat, dendangkan pencapaian kita dan pastikan rentak kita hanya demi masa depan agama, bangsa dan negara,” katanya ketika menyampaikan Laporan Setiausaha Agung pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2025 hari ini.

Turut hadir barisan tertinggi UMNO termasuk Presidennya, Ahmad Zahid Hamidi serta kepimpinan parti-parti komponen.

Menurut Asyraf Wajdi, mutakhir ini wujud pihak tertentu yang menyebarkan dakwaan kononnya Islam terancam dan orang Melayu dihina, sedangkan kepimpinan UMNO kekal konsisten mempertahankan Islam, kedudukan Melayu, Bumiputera serta institusi Raja-raja Melayu seperti termaktub dalam Perlembagaan.

“Semua ini dipersetujui secara bertulis ketika pembentukan Kerajaan Malaysia. Itu fakta, bukan sentimen,” tegasnya.

Dalam pada itu, beliau mengingatkan ahli parti agar menghentikan perbalahan dalaman dan menjadikan PAU sebagai medan muhasabah, bukannya ruang meluahkan emosi atau menuding jari.

“PAU bukan tempat sentimen murahan. Kita tak mampu kawal orang lain, tapi kita mampu kawal dan memimpin parti sendiri,” katanya.

Sebagai latar belakang, UMNO merupakan parti politik terbesar Melayu yang telah melalui pelbagai fasa cabaran sejak penubuhannya pada 1946, termasuk kekalahan pilihan raya dan perpecahan dalaman.

Namun, Asyraf Wajdi menegaskan kekuatan sebenar UMNO terletak pada kesetiaan dan perpaduan di bawah institusi parti.

“Persoalannya sekarang, adakah kita mahu terus memelihara benteng ini atau membiarkan suara luar melemahkan kesatuan yang kita bina bersama,” katanya.

Berita berkaitan
Tangguh PRN: Mat Maslan jelaskan itu pandangan peribadi
12 jam lalu· Politik
Mat Maslan cadang tangguh PRN Johor, Melaka
April 13, 2026· Politik
Amanah Tegur Pemuda UMNO berhubung isu harga minyak
April 11, 2026· Politik
Khaled: Tuduhan dibuat Mahathir isu lama
April 11, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
Kes saman Rosmah: Saksi dedah wang, barang kemas bertaburan dalam serbuan Pavilion
8 jam lalu · Politik
Rosmah nafi hilangkan barang kemas dari Lubnan
13 jam lalu · Politik
AMK Johor cadang tangguh PRN, fokus bantu rakyat hadapi krisis
April 13, 2026 · Politik
PKR Titiwangsa cadang kuota subsidi diesel kepada pengguna persendirian
April 13, 2026 · Politik
Samsuri sahkan pengunduran Hamzah sebagai Ketua Pembangkang
April 13, 2026 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Pertumbuhan ekonomi negara lepasi sasaran, usaha kerajaan berhasil
February 13, 2026
[VIDEO] Jawatankuasa khas siasat isu saham Azam ditubuhkan
February 13, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok