Ahmad Fadhli malu pesta gay berlaku di Kelantan yang diperintah PAS

July 17, 2025 · Isu semasa

Tindakan polis Kelantan membongkar pesta gay sememangnya memalukan memandangkan ia berlaku di negeri yang sinonim dengan gelaran Serambi Mekah, kata Ahmad Fadhli Shaari.

Ketua Penerangan PAS itu berkata sekiranya program tidak bermoral sedemikian berlaku di luar Kelantan mungkin tidak memalukan tetapi sebaliknya yang berlaku apabila pihak polis membongkar kegiatan luar tabii di negeri tersebut baru-baru ini.

“Ia memalukan kerana berlaku di Kelantan. Jika berlaku di Kuala Lumpur seperti serbuan di Blue Boy Club pada Ogos 2018 atau parti Halloween LGBT pada Oktober 2022 di Johor Bahru seperti pesta seks sejenis pada Februari 2023 bahkan di Pulau Pinang seperti pesta seks di sebuah unit kondominium pada Jun 2022 di mana polis menemui kondom, pelincir dan dadah jenis ketamin – tentu ia tidak memalukan. Bahkan itu dianggap biasa.

“Tetapi apabila ia berlaku di Kelantan maka ia dikata mengaibkan.

“Namun begitu yang lebih utama ialah tindakan berani membanterasnya, bukan menutup mata demi menjaga persepsi,” katanya di akaun Facebook hari ini.

Sementara itu, Ahli Parlimen Pasir Mas memberi penghargaan atas tindakan tegas polis Kelantan menyerbu pesta gay tersebut yang disifatkan mencemarkan maruah negeri tersebut.

Katanya, usaha itu wajar dipuji dan diteruskan hingga budaya songsang lenyap dari bumi Kelantan sekali gus berharap polis terus konsisten membanteras budaya tesebut hingga ke akar umbi.

Dalam masa sama, tambahnya, Kerajaan Negeri Kelantan juga wajar diberikan lebih ruang untuk merangka undang-undang lebih tegas bagi menyekat gejala ini tanpa sebarang sekatan.

“Untuk rekod, Mahkamah Persekutuan misalnya pada 25 Februari 2021 telah membatalkan peruntukan Enakmen Syariah Kelantan berkaitan larangan lelaki berpakaian seperti perempuan atas alasan bertindih dengan undang-undang Persekutuan.

“Justeru, Kelantan perlu mengkaji apakah lagi ruang yang boleh diterokai untuk mewujudkan undang-undang lebih keras namun selari dengan Perlembagaan Persekutuan,” katanya.

Media hari ini melaporkan polis Kelantan menyerbu satu perjumpaan gay yang melibatkan lebih 100 lelaki berusia antara 20 hingga 30-an di sebuah banglo di Kemumin, Kota Bharu pada pertengahan Jun lalu.

Ketua Polis Kelantan, Mohd Yusoff Mamat berkata, serbuan dilakukan pada jam 1 pagi hasil maklumat awam dan intipan yang dilakukan oleh pasukan khas.

Berita berkaitan
Desakan RCI mafia korporat hanya ‘Drama Politik’ DAP: Ahmad Fadhli
5 jam lalu· Politik
Kes sabotaj kerajaan: Peguam Na’imah selesai dirakam percakapan 3 jam
March 12, 2026· Isu semasa
PAS tolak ‘Rumah Bangsa’ kerana UMNO masih dengan DAP: Hadi
March 12, 2026· Politik
Polis utamakan siasat dakwaan komplot jatuhkan kerajaan: Saifuddin Nasution
March 1, 2026· Politik
Lagi Isu semasa terkini
2,257 pengarah syarikat gagal bayar caruman disekat ke luar negara
4 jam lalu · Isu semasa
Bekalan minyak kekal stabil walaupun berdepan konflik Asia Barat
4 jam lalu · Isu semasa
Stok beras dipertingkat hingga 9 bulan, bekalan mencukupi: Mohamad
4 jam lalu · Isu semasa
Politik stabil tarik minat pelabur asing ke Malaysia
4 jam lalu · Isu semasa
Saksi penting dalang komplot jatuhkan kerajaan berada di luar negara: Polis
5 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Pertumbuhan ekonomi negara lepasi sasaran, usaha kerajaan berhasil
February 13, 2026
[VIDEO] Jawatankuasa khas siasat isu saham Azam ditubuhkan
February 13, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok