Akmal gesa PMX tolak pengiktirafan UEC, jangan tunduk desakan DAP

December 11, 2025 · Politik

Desakan DAP agar kerajaan mempercepatkan pengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) terus menerima tentangan apabila Ketua Pemuda UMNO, Akmal Saleh tampil menegaskan langkah itu tidak wajar dipertimbangkan.

Gesaan terbaru itu dibuat susulan kenyataan Naib Presidennya, Nga Kor Ming bahawa DAP akan mengatur pertemuan dengan Perdana Menteri Anwar Ibrahim bagi membincangkan isu berkenaan.

Namun, Akmal membalas dengan nada tegas, menyifatkan permintaan itu tidak selari dengan dasar pendidikan negara.

“Kepada PMX, saya rayu sangat janganlah kita nak mengiktiraf UEC ni,” katanya dalam hantaran di akaun Facebook.

Akmal menegaskan sistem peperiksaan itu tidak memenuhi tiga prinsip asas pendidikan kebangsaan.

“Pertama, guna Bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar; kedua, ikut kurikulum kebangsaan; dan ketiga, duduki peperiksaan yang sama. UEC langsung tak lepas tiga-tiga syarat ni,” ujarnya lagi.

Akmal turut mengingatkan UEC sebenarnya sudah diberi ruang luas dalam beberapa aspek sejak dahulu.

Beliau merujuk kepada keputusan pada 1975 yang membenarkan peperiksaan itu diteruskan, selain kelonggaran sejak 2004 yang membolehkan institusi pengajian tinggi swasta menerima pemegang UEC.

Katanya lagi, UEC turut diterima untuk kemasukan ke program pendidikan Bahasa Cina sejak 2010, serta bidang undang-undang sejak 2019.

Dalam kenyataan yang lebih keras, Akmal mempersoalkan pemahaman Kor Ming terhadap konteks sistem pendidikan negara.

“Saya nak tanya, kamu tahu tak Malaysia saja dalam dunia yang ada sistem pendidikan vernakular? Cuba tengok Singapura, ada ke mereka iktiraf sistem lain daripada sistem kebangsaan mereka? Jawapannya tidak,” katanya.

Kenyataan Kor ming sebelum ini turut mencetuskan reaksi panas di media sosial Melayu, dengan dakwaan kononnya DAP sedang menekan Anwar dalam isu sensitif itu.

Setiausaha Agung DAP Anthony Loke kemudian cuba memperbetulkan naratif mengenai UEC sebagai sesuatu yang melengkapi usaha memartabatkan bahasa Melayu.

Dalam satu wawancara, Loke berkata kerajaan dijangka memperkenalkan dasar baru dalam tempoh enam bulan yang turut melibatkan penilaian UEC.

“Ia akan melengkapi usaha memartabatkan bahasa kebangsaan,” katanya.

Berita berkaitan
Dakwaan tawaran AS jatuhkan kerajaan: Polis terima 12 laporan terhadap Hadi
3 jam lalu· Politik
Tiada retak dalam hubungan PH-BN, kerajaan masih utuh: Chang Lih Kang
11 jam lalu· Politik
PRU-16 awal: AMK dakwa UMNO mahu beri laluan PAS jadi PM
13 jam lalu· Politik
Siasatan FELDA, TH bukan soal dendam tapi rasuah mesti dihentikan: Anwar
September 6, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
Mahfuz: PAS jangan jadikan syurga sebagai umpan undi
6 jam lalu · Politik
Bukit Aman hubungi Hadi dakwaan AS tawar bantuan jatuhkan kerajaan Malaysia
9 jam lalu · Politik
PRN Melaka makin dekat, DUN bubar dua Jumaat lagi Rauf beri bayangan
10 jam lalu · Politik
AS nafi campur tangan, AMK desak Hadi tampil dengan bukti
10 jam lalu · Politik
Dakwa kuasa asing terlibat, kenapa tak lapor polis soal ketua AMK
10 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok