Akmal zahir penghargaan kepada Tok Mat atas sokongan dalam isu bendera

August 17, 2025 · Politik

Dr. Akmal Saleh mengucapkan penghargaan kepada Timbalan Presiden UMNO, Mohamad Hasan (Tok Mat), atas sokongan yang diberikan kepadanya di tengah-tengah kritikan keras daripada Pemuda DAP berkenaan isu Jalur Gemilang baru-baru ini.

Dalam satu hantaran di Facebook, Ketua Pemuda UMNO itu turut menyindir kritikan Pemuda DAP dengan menyertakan tangkapan skrin laporan media bertajuk “Pemuda DAP Gesa Mohamad Tak Pertahan Nila Setitik.”

“Kerana nila lebih baik daripada racun. Terima kasih Tok Mat,” kata Akmal ringkas.

Akmal juga berkongsi laporan berita mengenai kenyataan Mohamad yang menegaskan tindakan undang-undang tidak seharusnya dikenakan ke atasnya sahaja berhubung perhimpunan di Kepala Batas, Pulau Pinang, baru-baru ini.

“Untuk kami takut kepada mereka? Tidak sama sekali,” tegas Akmal dalam hantaran tersebut.

Isu ini tercetus selepas Akmal mengetuai satu himpunan di luar sebuah kedai perkakasan di Kepala Batas ekoran pemilik kedai tersebut disiasat kerana didakwa memasang Jalur Gemilang secara terbalik.

Perhimpunan itu mencetuskan reaksi pelbagai pihak, termasuk Pemuda DAP yang menggesa parti mereka memutuskan kerjasama politik dengan Akmal.

Mohamad semalam mempertahankan perhimpunan tersebut dengan menyifatkannya sebagai “misi aman” dan menegaskan tiada insiden buruk berlaku walaupun Akmal didakwa “diprovokasi.”

Beliau turut menggesa DAP supaya mengawal sayap Pemudanya dan kembali berfikir secara rasional agar tidak menyukarkan kerja Kerajaan Perpaduan.

Berita berkaitan
PKR nafi dakwaan bertanding sendiri PRN Johor
April 18, 2026· Politik
Khairy kembali UMNO sebab nak bertanding kerusi pilihan raya saja: Rafizi
3 jam lalu· Politik
Jangan hanya semasa senang saja nak bersama dengan BN: Zahid
3 jam lalu· Politik
Hisham bersyukur penggantungan ditarik balik, sedia bantu UMNO kembali
4 jam lalu· Politik
Lagi Politik terkini
Henti bertelingkah, utamakan kebajikan rakyat: Anwar
April 18, 2026 · Politik
ADUN PAS minta MB Perlis jelaskan sebab tangguh sidang DUN
4 jam lalu · Politik
Khairy dan Hishammuddin antara yang diterima balik masuk UMNO: Asyraf Wajdi
11 jam lalu · Politik
Darurat bukan jalan tangguh PRN, bercanggah amalan demokrasi: Hassan Karim
April 17, 2026 · Politik
RM5 juta masuk akaun Bersatu, tiada satu masuk dalam akaun peribadi: Saksi
April 16, 2026 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Pertumbuhan ekonomi negara lepasi sasaran, usaha kerajaan berhasil
February 13, 2026
[VIDEO] Jawatankuasa khas siasat isu saham Azam ditubuhkan
February 13, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok