Amanah bidas PAS main politik sempit mahu teruskan himpunan ‘Turun Anwar 2.0’

November 13, 2025 · Politik

Muhammad Faiz Fadzil mengecam hasrat PASuntuk menganjurkan himpunan ‘Turun Anwar 2.0’, dengan menyifatkannya sebagai manifestasi politik sempit yang tidak bertanggungjawab.

Setiausaha Agung Parti Amanah itu mendakwa tindakan PAS tersebut jelas mempolitikkan setiap dasar kerajaan semata-mata untuk kepentingan politik mereka, ia susulan dakwaan Perjanjian Perdagangan Timbal Balik (ART) dengan Amerika Syarikat sebagai satu perjanjian yang berat sebelah atau merugikan negara.

Ujarnya, perjanjian berkenaan telah dirunding secara teliti oleh pasukan pegawai awam yang berkemahiran tinggi dan berpengalaman luas.

“Tindakan PAS ini tidak ubah seperti menafikan kecekapan serta menjejaskan maruah penjawat awam yang telah menjalankan tugas mereka dengan penuh dedikasi dan profesionalisme,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau turut mempersoalkan hala tuju ekonomi PAS, dengan menyatakan sikap parti itu yang memperlekehkan ART memberi isyarat yang salah kepada dunia antarabangsa mengenai ketidakkonsistenan dasar Malaysia.

“Jika PAS memerintah, adakah PAS akan menghentikan hubungan dagang dengan AS? Adakah PAS mempunyai pelan ekonomi lain apabila pekerjaan dan perniagaan PKS yang melibatkan ramai orang Melayu dirisikokan?” soal beliau.

Faiz juga menegaskan bahawa setiap langkah kerajaan adalah berlandaskan kepentingan negara dan bukannya agenda politik kepartian.

Sehubungan dengan itu, beliau menyifatkan himpunan berkenaan sebagai percubaan berterusan PAS untuk menanam kebencian dalam kalangan rakyat.

“Politik kebencian ini adalah tidak Islamik dan boleh menggugat kestabilan serta perpaduan rakyat Malaysia,” tegasnya.

Himpunan ‘Turun Anwar 2.0’ yang dicadangkan itu dilaporkan merupakan suara bantahan PAS terhadap perjanjian ART yang didakwa menggugat kedaulatan negara.

Berita berkaitan
Hubungan dengan PAS paling mengecewakan berbanding dengan DAP: UMNO Terengganu
16 jam lalu· Politik
Tuan Ibrahim sangkal ramalan menantu Hadi dakwa PAS akan tumbang
January 16, 2026· Politik
PAS puji Akmal ‘anak jantan’ selepas letak jawatan Exco Melaka
January 15, 2026· Politik
Struktur PN sudah jelas, isu bukan rombak jawatan: Tun Faisal
January 15, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
Kerjasama UMNO dengan DAP dalam kerajaan bersyarat: Mat Hasan
14 jam lalu · Politik
UMNO buka pintu kepada kepada bekas ahli, permohonan KJ belum diterima: Asyraf
16 jam lalu · Politik
UMNO tangguh pemilihan parti sehingga PRU-16
January 16, 2026 · Politik
PKR Kedah rangka gerak baharu rampas kerajaan negeri
January 16, 2026 · Politik
Zahid: Jangan merajuk, kembali kuatkan BN
January 16, 2026 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] UMNO tak gadai prinsip walaupun bersama Kerajaan Perpaduan
January 16, 2026
[VIDEO] Zahid ucap tahniah kepada PMX berjaya stabilkan ekonomi dan politik negara
January 16, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok