Amaran hujan lebat melibatkan empat negeri hingga Rabu: MetMalaysia

November 24, 2025 · Isu semasa

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) telah mengeluarkan amaran hujan lebat berterusan peringkat bahaya yang dijangka melanda empat negeri sehingga Rabu ini, 26 November 2025.

Keadaan cuaca buruk ini diramalkan meliputi keseluruhan negeri Perlis, beberapa daerah di Kedah, Kelantan, dan Terengganu.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan, amaran tahap bahaya ini merangkumi kawasan seperti Langkawi, Kota Setar, dan Pokok Sena di Kedah; manakala di Kelantan melibatta Tumpat, Kota Bharu, dan Pasir Mas.

Di Terengganu, daerah Besut turut berada dalam senarai berkenaan.

Selain itu, amaran hujan lebat berterusan pada tahap buruk pula diisytiharkan untuk beberapa kawasan lain di Kedah, seluruh Pulau Pinang, serta sebahagian besar negeri Perak.

Daerah Jeli, Kuala Krai, dan Gua Musang di Kelantan, bersama-sama Setiu, Kuala Terengganu, dan Dungun di Terengganu juga turut diletakkan di bawah amaran ini.

Sementara itu, amaran peringkat waspada dikeluarkan untuk beberapa daerah di Perak seperti Kampar dan Batang Padang, serta kawasan di Pahang termasuk Tanah Tinggi Cameron, Lipis, dan Kuantan.

Hujan berterusan turut dijangka melanda Raub, Bentong di Pahang serta Sabak Bernam dan Hulu Selangor pada hari ini.

MetMalaysia menasihati orang ramai supaya sentiasa berwaspada dan mengikuti perkembangan semasa melalui saluran rasminya.

“Orang awam dinasihatkan untuk sentiasa peka dengan perubahan cuaca dan membuat persiapan rapi,” menurut kenyataan jabatan itu.

Orang ramai yang terjejas juga diminta untuk berhati-hati dengan risiko banjir kilat dan tanah runtuh yang mungkin berlaku.

Berita berkaitan
77 rakyat Malaysia dibawa pulang dari Nepal, 55 masih belum dapat dikesan: Fahmi
September 2, 2026· Isu semasa
36 rakyat Malaysia masih tidak dapat dihubungi di China, 55 di Nepal: Wisma Putra
August 30, 2026· Isu semasa
Malaysia hantar SMART bantu mangsa bencana di Nepal: PMX
August 30, 2026· Isu semasa
Banjir Nepal: 55 rakyat Malaysia masih gagal dihubungi
August 29, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Jerebu: Agong titah sekolah tutup jika IPU 150 hingga 180
14 jam lalu · Isu semasa
Anwar hubungi Prabowo, ASEAN digerakkan tangani jerebu
14 jam lalu · Isu semasa
MCMC siasat dakwaan AI hasilkan video seksual libat guru, pelajar
14 jam lalu · Isu semasa
Tiada lesen judi baharu dikeluarkan: MOF
20 jam lalu · Isu semasa
Kandungan palsu berhubung dua kematian pelajar, MCMC ambil tindakan
20 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok