Aminuddin serah kepada rakyat nilai sikap BN

July 22, 2026 · Politik

Naib Presiden PKR, Aminuddin Harun menyerahkan kepada rakyat untuk menilai sendiri sikap serta pendirian Barisan Nasional (BN) dan UMNO susulan perkembangan politik semasa di Negeri Sembilan yang menyaksikan parti itu bekerjasama dengan Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN).

Aminuddin yang juga Menteri Besar Negeri Sembilan berkata tindakan BN-UMNO meninggalkan kerjasama bersama Pakatan Harapan (PH) di negeri itu menunjukkan parti berkenaan lebih mengutamakan soal kuasa berbanding persahabatan yang terjalin dalam Kerajaan Perpaduan.

“Kita lihat bagaimana apabila ada sedikit kekuatan, ada sedikit kuasa yang mereka rasa mereka akan berkuasa, mereka tinggalkan persahabatan.

“Ini yang berlaku sejak sekian lama, sedangkan sebelum ini kita tahu bagaimana keadaan mereka. Akhirnya hari ini apa yang berlaku di Negeri Sembilan akan berlaku di peringkat Pusat.

“Itu yang kita kata rakyat kena sedar. Apa yang berlaku di Negeri Sembilan menunjukkan bagaimana mereka memikirkan hanya tentang kuasa,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menziarahi penduduk di Kampung Tanjung Agas, Linggi, semalam.

Aminuddin yang juga Pengerusi PH Negeri Sembilan mengulas polemik susulan kenyataan Pengerusi BN, Ahmad Zahid Hamidi mengenai isu peletakan jawatan pemimpin BN dalam Kerajaan Perpaduan.

Menurutnya, peringatan yang disuarakan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim sebelum ini hanyalah supaya pemimpin dalam Kerajaan Perpaduan mengelakkan kenyataan yang boleh menjejaskan hubungan sesama rakan gabungan.

Bagaimanapun, beliau mendakwa reaksi pemimpin BN dan UMNO terhadap peringatan itu lebih keras sehingga mencabar Perdana Menteri memecat mereka daripada Kabinet.

“Isunya bukan itu (supaya dipecat atau letak jawatan), isunya ingatan supaya menghargai persahabatan ini,” katanya.

Beliau turut menyifatkan tindakan mencabar Perdana Menteri sebagai sesuatu yang tidak wajar, lebih-lebih lagi apabila ia datang daripada seorang pemimpin yang dianggap rakan baik kepada Anwar.

Kontroversi itu tercetus selepas Anwar mengingatkan semua menteri, timbalan menteri dan pemegang jawatan dalam agensi kerajaan supaya tidak menggunakan kedudukan mereka untuk menyerang rakan dalam Kerajaan Persekutuan ketika berkempen pada PRN Negeri Sembilan.

Perdana Menteri turut menegaskan mana-mana pihak yang berbuat demikian perlu berundur daripada jawatan disandang.

Susulan itu, Ahmad Zahid berkata Perdana Menteri mempunyai kuasa mutlak untuk melantik atau menggugurkan anggota Kabinet dan boleh memecat beliau serta semua menteri BN jika berpendapat tindakan sedemikian perlu.

Beliau pada masa sama menegaskan tidak melihat sebarang sebab mana-mana daripada lapan menteri BN meletakkan jawatan.

Berita berkaitan
Hubungan dengan Zahid masih baik, Anwar pilih kestabilan pertahan Kerajaan Perpaduan
15 jam lalu· Politik
Aminuddin ambil tanggungjawab, sedia berundur
17 jam lalu· Politik
Anwar: Saya pilih jalan damai, bukan cari gaduh dengan Zahid
August 15, 2026· Politik
Wong Chen umum letak jawatan Ahli Parlimen Subang
August 10, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
Fahmi: Jangan berhenti, perjuangan rakyat mesti diteruskan
8 jam lalu · Politik
Majoriti perwakilan DAP sokong kekal dalam Kerajaan Perpaduan hingga habis penggal
8 jam lalu · Politik
Akta Tabung Haji akan dipinda, amanah umat Islam jadi keutamaan
9 jam lalu · Politik
DAP pilih kestabilan, hormati keputusan Anwar kekalkan BN
9 jam lalu · Politik
Kemiskinan, dadah ancaman sebenar orang Melayu: Saifuddin Nasution
16 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] AUKU wajib dimansuhkan, PMX sifatkan hubungan dengan Zahid masih baik
8 jam lalu
[VIDEO] Dakwaan aset TH dijual kepada bukan Islam satu fitnah jahat, bidas menteri
August 11, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok