Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari.
Isu mengenai Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari, yang dikatakan berhasrat untuk beralih ke peringkat Persekutuan tidak timbul, menurut Fahmi Fadzil.
Ketua Penerangan PKR berkata Amirudin mempunyai komitmen untuk meneruskan tanggungjawabnya memimpin Selangor sehingga tempoh penggalnya selesai.
Fahmi menjelaskan kenyataan Amirudin itu jelas menyatakan hasratnya untuk menghabiskan penggal ini sebagai Menteri Besar dan bukan sebaliknya seperti ditafsir oleh orang ramai.
“Kalau kita teliti apa yang disebut dia (Amirudin Shari), beliau memaklumkan berhasrat untuk menghabiskan penggal ini sebagai Menteri Besar Selangor.
“Dia juga menjawab tidak timbul apa-apa isu bahawa dia nak ke (peringkat) Persekutuan sekarang, itu dakwaannya tapi dia kata tidak, dia akan kekal MB sehingga selesai penggal ini,” jelas Fahmi ketika ditemui pada Majlis Perasmian Penutup Seminar Kesedaran Penipuan Siber Komuniti India Lembah Pantai hari ini.
Beliau menambah sebarang keputusan pada masa hadapan akan ditentukan oleh kepimpinan parti dalam masa yang sesuai.
Kenyataan Fahmi itu selari dengan kenyataan Presiden PKR, Anwar Ibrahim, yang sebelum ini menegaskan dakwaan mengenai Timbalan Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar, dilantik menggantikan Amirudin tidak pernah dibincangkan oleh parti.
Isu ini tercetus ekoran kenyataan Amirudin semasa program audio siar ‘Keluar Sekejap’ yang dikendalikan oleh Khairy Jamaluddin mencadangkan agar Nurul Izzah menggantikan tempatnya.
Namun, menurut Amirudin, cadangan itu hanya disuarakan kepada beliau dan terpulang kepadanya untuk menerima atau sebaliknya.
Rumah bangsa UMNO terima respons positif: Mat Maslan
Mas Ermieyati dan Ronald digantung keahlian Bersatu dua penggal
AMK persoal aktivis membisu dalam isu ketegangan kaum
UMNO tidak paksa bekas ahli untuk kembali: Tok Mat
Peguam Muhyiddin dakwa pertuduhan dibuat kabur, gagal nyata kesalahan dilakukan
[VIDEO] Pertumbuhan ekonomi negara lepasi sasaran, usaha kerajaan berhasil
[VIDEO] Jawatankuasa khas siasat isu saham Azam ditubuhkan