Ketua AMK, Kamil Munim.
Angkatan Muda Keadilan (AMK) menggesa wakil rakyat PKR yang hadir ke program pelancaran Parti Bersama Malaysia (Bersama) baru-baru ini tampil memberi penjelasan kepada parti bagi meredakan polemik yang terus diperkatakan dalam kalangan ahli akar umbi.
Ketua AMK, Muhammad Kamil Abdul Munim berkat, kehadiran beberapa Ahli Parlimen PKR pada majlis pengumuman hala tuju politik Rafizi Ramli menimbulkan persoalan yang wajar dijawab secara terbuka.
Menurut beliau, tindakan berdiam diri hanya akan mengundang lebih banyak kritikan terhadap mereka.
“Kalau mereka muncul dengan platform di parti lain, mereka perlu beri penjelasan yang sewajarnya. Jika tidak, jangan salahkan mana-mana pihak yang terus mempersoalkan tindakan mereka,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Program Fun Run Untukmu Ibu 2026 di Kampung Labu Kubong, Padang Rengas hari ini.
Beliau berkata, ahli parti berhak mempertikaikan tindakan tersebut kerana ia melibatkan soal kesetiaan dan pendirian politik, apatah lagi ketika PKR sedang memperkukuh persiapan menghadapi pilihan raya akan datang.
Isu itu tercetus selepas Rafizi bersama Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad, mengumumkan keluar daripada PKR pada 17 Mei lalu sebelum mengambil alih Parti Bersama Malaysia, sebuah parti yang didaftarkan sejak 2016.
Kedua-dua bekas menteri itu turut mengosongkan kerusi Parlimen masing-masing.
Antara wakil rakyat PKR yang dilihat hadir pada majlis tersebut ialah Ahli Parlimen Sungai Siput, S Kesavan; Ahli Parlimen Ampang, Rodziah Ismail; Ahli Parlimen Subang, Wong Chen dan Ahli Parlimen Balik Pulau, Muhammad Bakhtiar Wan Chik.
Mengulas lanjut, Muhammad Kamil menegaskan penubuhan parti baharu itu tidak memberi kesan besar kepada kekuatan PKR di peringkat akar umbi.
“Kita tidak nampak gerakan ini mempunyai signifikan besar. Kekuatan parti masih kukuh dan jumlah anggota juga terus bertambah,” katanya.
Dalam perkembangan lain, beliau turut menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak yang memainkan isu kaum dan agama sehingga boleh menggugat keharmonian negara.
Beliau berkata, politik berasaskan fitnah dan sentimen melampau tidak boleh dibiarkan kerana berpotensi mencetuskan perpecahan dalam masyarakat.
Bersatu jawab kritikan PAS, tegaskan semua isu patut dibincang dalam gabungan
DAP sokong cadangan bubar DUN Negeri Sembilan
PKR Johor bidas bekas ahli berterusan serang dan burukkan parti
PAS muktamadkan hala tuju hubungan dengan Bersatu pada masa terdekat: Takiyuddin
ULASAN: Bila PAS mula berlagak jadi ‘abang besar’
[VIDEO] Anwar beri bayangan PRU awal jika berterusan ada ugutan
[VIDEO] Literasi digital jadi benteng kekang jenayah siber kanak-kanak: Fahmi