Anwar bentang RMK13 dengan tema Melakar Semula Pembangunan: Laporan

July 31, 2025 · Isu semasa

Perdana Menteri Anwar Ibrahim, hari ini membentangkan Rancangan Malaysia Ke-13 (2026-2030) (RMK13) berteraskan kepada tiga asas utama iaitu pembentukan negara bangsa yang berdaulat dan bermaruah, sistem sosial berteraskan insan Madani, serta peralihan kepada negara berasaskan kecerdasan buatan.

Pelan pembangunan lima tahun itu menyasarkan pembentukan masyarakat yang inklusif dan progresif, selain menjadikan Malaysia sebagai peneraju teknologi digital serantau melalui penghasilan inovasi serta produk dan perkhidmatan bertaraf global ‘Made by Malaysia’.

Empat tonggak utama digariskan di bawah RMK13 yang bertemakan ‘Melakar Semula Pembangunan’ ialah meningkatkan kerencaman ekonomi, meningkatkan mobiliti sosial, mempercepat pelaksanaan Agenda Reformasi Perkhidmatan Awam dan mempertingkatkan kesejahteraan rakyat dan kelestarian alam sekitar.

Di samping itu, sembilan tumpuan iaitu menuju negara berteraskan kecerdasan buatan, melonjakkan industri pertumbuhan tinggi dan bernilai tinggi (HGHV) dan sektor strategik, menyeimbangkan kemajuan ekonomi antara wilayah dan mengukuhkan pembangunan desa, memperhebat penglibatan dan peranan Malaysia di persada ekonomi dunia.

Tumpuan lain adalah memastikan perkhidmatan telus, tangkas dan tuntas, menangani beban kos sara hidup, merekayasa sistem sosial berteraskan insan Madani, meningkatkan mutu kehidupan rakyat dan mencapai keadilan sosial dan kesaksamaan peluang.

Antara sasaran utama RMK13 menjelang 2030 ialah pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada kadar purata 4.5 hingga 5.5 peratus setahun, pengurangan defisit fiskal kepada bawah tiga peratus KDNK, serta pertumbuhan pelaburan swasta mencecah RM417.9 bilion setahun secara nominal.

Anwar yang mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri ke-10 pada 24 November 2022 membentangkan perancangan lima tahun itu di Dewan Rakyat, dengan kerajaan memperuntukkan RM611 bilion berbanding RM400 bilion yang diperuntukkan pada RMK12. – Bernama

Berita berkaitan
PMX mahu hentikan pemakaian baju lokap oren terhadap suspek
16 jam lalu· Isu semasa
Anwar: PRU-16 awal? Tunggu masa sesuai
18 jam lalu· Politik
Kemalangan maut Temerloh: PM zahir takziah, minta siasatan teliti dijalankan
September 1, 2026· Isu semasa
Puad: Saya tetap ada hak kritik UMNO
September 1, 2026· Politik
Lagi Isu semasa terkini
Jerebu teruk, 647 sekolah Sarawak ditutup lima hari
13 jam lalu · Isu semasa
Agong perkenan darurat jerebu di Serian: PMO
16 jam lalu · Isu semasa
Kes MEX II: DNAA Abu Sahid, isteri ditolak mahkamah
17 jam lalu · Isu semasa
Pegawai IT lesap RM20,000 ditipu tawaran ‘cash out’ BNPL
18 jam lalu · Isu semasa
Jerebu makin teruk IPU Serian cecah 521, Anwar bincang tindakan dengan Sarawak
19 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok