Nurul Izzah Anwar.
Anwar Ibrahim, dengan tegas menafikan sebarang perbincangan mengenai kemungkinan anaknya, Nurul Izzah Anwar, mengambil alih jawatan Menteri Besar Selangor.
Perdana Menteri mengulas kenyataan Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari, yang dilaporkan menyokong Timbalan Presiden PKR itu menggantikannya.
Menurut Anwar, cadangan tersebut tidak pernah dibincangkan dengannya.
“Itu pandangan beliau (Amirudin). Dia tidak berbincang dengan saya pun,” jelas Anwar dipetik laporan Bernama.
Mengenai kesediaan Nurul Izzah untuk memikul tanggungjawab di peringkat Persekutuan pula, Anwar berkata isu itu akan dibincang kemudiaan.
“Pilihan raya bila? Masih lama lagi… kita bincang kemudian,” ujarnya.
Ditanya mengenai kemungkinan rombakan Kabinet, Anwar tidak mengulas lanjut berhubung spekulasi itu.
“Rombakan itu bagi mengisi kekosongan. Boleh cadangkan beberapa nama? Saya akan pertimbangkan,” ujarnya.
Beliau juga mengakui terdapat beberapa kekosongan jawatan yang perlu diisi.
Dalam perkembangan lain, Anwar menyambut baik cadangan penubuhan Pusat Pengajian Afrika bagi meningkatkan kefahaman rakyat Malaysia terhadap benua berkenaan.
“Saya akan pertimbangkan. Cadangan yang baik,” katanya.
“Kita ada Pengajian Eropah, kita memahami sejarah Amerika, tetapi kita kurang memahami Afrika secara keseluruhan,” tambahnya.
Mengenai pelaburan Malaysia di Afrika, Anwar menegaskan komuniti perniagaan adalah pihak terbaik untuk meneroka peluang.
“Peranan kerajaan adalah menggalakkan dan memudah cara,” jelasnya.
Sebelum itu, dalam ucapannya, Anwar berpesan kepada diaspora Malaysia agar sentiasa memberi yang terbaik.
“Kita perlu menimba ilmu, tetapi bukan sekadar memperoleh ilmu. Kita juga mesti komited menyebarkan perkara yang benar, yang betul dan yang adil,” tegasnya.
Kes pengisytiharan harta: Ismail Sabri akan didakwa esok
Mahkamah kekal keputusan, Ketua Menteri P. Pinang menang kes saman fitnah
RCI Tabung Haji: Kerajaan tidak akan kompromi dan tindakan tegas diambil
Aziz Bari gesa UMNO, PAS henti pertikai RCI Tabung Haji
Peja: Bersatu tak mampu bergerak solo di Melaka
[VIDEO] AUKU wajib dimansuhkan, PMX sifatkan hubungan dengan Zahid masih baik
[VIDEO] Dakwaan aset TH dijual kepada bukan Islam satu fitnah jahat, bidas menteri