Perdana Menteri Anwar Ibrahim.
Anwar Ibrahim menafikan dakwaan mengelak daripada menjawab persoalan yang dibangkitkan oleh Ahli Parlimen pembangkang di Dewan Rakyat.
Perdana Menteri berkata setiap soalan yang dikemukakan semasa Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri (MQT) setiap Selasa telah diberikan jawapan, sama ada oleh beliau sendiri atau oleh menteri-menteri yang berkaitan.
“Soalan yang dibangkitkan, semua saya jawab. Nak kata saya elak, saya tidak elak. Tanyalah apa soalan pun, saya tetap jawab,” tegas Anwar di Dewan Rakyat hari ini.
Kenyataan itu dibuat ekoran kekeliruan mengenai ketiadaan soalan daripada pembangkang dalam senarai MQT hari ini.
Menjelaskan perkara tersebut, Yang Dipertua Dewan Rakyat, Johari Abdul, mendedahkan pihak pembangkang hanya menghantar satu soalan berbanding lapan soalan daripada blok kerajaan.
Johari menegaskan pemilihan soalan adalah tertakluk kepada budi bicaranya, dan soalan pembangkang yang diterima itu merupakan soalan berulang yang telah dijawab sebelum ini.
“Saya lihat soalan daripada pembangkang semuanya telah pun dijawab.
“Tidak timbul isu berat sebelah antara kerajaan atau pembangkang,” ujar Johari.
Beliau menasihati supaya ahli parlimen pembangkang menghantar lebih banyak soalan selepas ini.
“Yang Berhormat, tolong galakkan blok pembangkang untuk hantar lebih banyak soalan,” tambahnya lagi.
Beliau juga memaklumkan isu yang dibawa dalam soalan pembangkang itu akan dibincangkan dengan lebih terperinci dalam mesyuarat Jawatankuasa Pilihan berkaitan Kementerian (JKPK) yang akan diadakan esok.
URA ditarik balik lagi, Kor Ming digesa ambil tanggungjawab: Lian Ker
PN bakal muktamad pindaan perlembagaan minggu depan: Muhyiddin
Bos Mydin bidas Ahli Parlimen DAP: “Lu Siapa?”
PAS sudah ada calon Pengerusi PN: Hadi
Laporan: PAS gagal kemuka calon baharu pengerusi PN?
[VIDEO] Ekonomi negara catat pertumbuhan kukuh, ringgit dan bursa meningkat
[VIDEO] Kalau ada tak terima bahasa Melayu, lebih baik jangan duduk di Malaysia: Agong