Perdana Menteri, Anwar Ibrahim.
Anwar Ibrahim mengesahkan sudah mengenal pasti beberapa calon berpotensi untuk mengisi kekosongan jawatan dalam Kabinet, namun senarai terakhirnya masih belum dimuktamadkan.
Tanpa menamakan individu terbabit, Perdana Menteri berkata senarai nama calon itu akan dirujuk terlebih dahulu kepada ketua-ketua parti politik dalam Kerajaan Perpaduan sebelum sebarang keputusan muktamad dibuat.
“Biarpun pelantikan ini adalah prerogatif Perdana Menteri, namun saya berpandangan perlu renung dan mendengar nasihat ketua parti selain berterima kasih atas pendapat mereka,” jelas Anwar pada sidang media selepas melancarkan buku ‘Rethinking Ourselves: Justeice, Reform and Ignorance in Postnormal Times’, hari ini.
Beliau turut mengesahkan satu rombakan kecil Kabinet bakal dilakukan bagi menangani kekosongan jawatan menteri sedia ada.
Mengenai gesaan daripada MCA supaya Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, digugurkan daripada Kabinet, Anwar berkata menghormati pandangan tersebut.
“Terima kasih atas pandangan MCA tetapi tidak mengapalah kerana ini adalah pandangan mereka,” ujarnya yang juga merangkap Menteri Kewangan.
Sementara itu, Anwar menolak dakwaan Kabinet telah campur tangan dalam urusan Dewan Rakyat berkaitan isu penggantungan Ketua Whip Perikatan Nasional, Takiyuddin Hassan.
“Kabinet juga dianggotai ketua parti yang akan memberi nasihat kepada rakan ‘backbencher’ dan perkara ini biasa. Saya ingat amalan ini sudah berpuluh tahun begitu, termasuk ketika mereka dalam kerajaan,” ujarnya.
Anwar turut menekankan bahawa beliau belum mengadakan pertemuan rasmi dengan mana-mana ketua parti bagi membincangkan perkara pelantikan tersebut setakat ini.
SPR nafi tarikh PRU-16 tular
Najib teruskan rayuan hina mahkamah isu titah adendum
PAS tolak ‘Rumah Bangsa’ kerana UMNO masih dengan DAP: Hadi
Rumah bangsa UMNO terima respons positif: Mat Maslan
Mas Ermieyati dan Ronald digantung keahlian Bersatu dua penggal
[VIDEO] Pertumbuhan ekonomi negara lepasi sasaran, usaha kerajaan berhasil
[VIDEO] Jawatankuasa khas siasat isu saham Azam ditubuhkan