{"id":10023,"date":"2026-05-07T06:23:38","date_gmt":"2026-05-07T06:23:38","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=10023"},"modified":"2026-05-07T06:23:38","modified_gmt":"2026-05-07T06:23:38","slug":"dun-johor-lulus-pindaan-lima-wakil-rakyat-lantikan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/dun-johor-lulus-pindaan-lima-wakil-rakyat-lantikan\/","title":{"rendered":"DUN Johor lulus pindaan lima wakil rakyat lantikan"},"content":{"rendered":"<p>Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor meluluskan pindaan undang-undang bagi membolehkan pelantikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), langkah yang disifatkan kerajaan negeri sebagai usaha memperkukuh pentadbiran.<\/p>\n<p>Usul pindaan kepada Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor 1985 itu diluluskan selepas mendapat sokongan majoriti apabila 40 daripada 56 ADUN bersetuju.<\/p>\n<p>Menteri Besar Johor,Onn Hafiz Ghazi, ketika membentangkan usul tersebut berkata pelantikan ADUN tambahan itu penting selaras dengan pembangunan pesat negeri serta kemasukan pelaburan baharu.<\/p>\n<p>\u201cADUN dilantik ini dicadangkan tidak lebih lima orang menjadikan jumlah keseluruhan 61. Mereka tidak melalui pilihan raya tetapi bertujuan melengkapkan komposisi sedia ada,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Beliau menegaskan langkah itu mampu meningkatkan kualiti perbahasan serta membantu kerajaan membuat keputusan lebih menyeluruh.<\/p>\n<p>\u201cKita mahu bawa masuk individu berpengalaman dan berkemahiran supaya proses menggubal dasar menjadi lebih berimpak,\u201d ujarnya.<\/p>\n<p>Cadangan itu bagaimanapun dibahaskan secara hangat oleh wakil rakyat.<\/p>\n<p>Anuar Abd Manap (BN-Pemanis) menyokong langkah tersebut tetapi mengingatkan supaya pelantikan dibuat secara telus dan berasaskan merit.<\/p>\n<p>\u201cKita perlukan individu yang benar-benar berkualiti. Ini bukan soal menambah kerusi, tetapi menambah nilai kepada pentadbiran negeri,\u201d katanya, sambil menambah kepakaran dalam bidang seperti ekonomi dan perancangan bandar amat diperlukan.<\/p>\n<p>Namun, Andrew Chen Kah Eng (PH-Stulang) berpandangan pendekatan itu bukan penyelesaian terbaik.<\/p>\n<p>Menurutnya, isu utama adalah ketidakseimbangan jumlah pengundi antara kawasan DUN.<\/p>\n<p>\u201cPersempadanan semula lebih relevan untuk dibincangkan. Jika mahu tambah wakil rakyat, kita boleh lakukan melalui proses itu,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Beliau turut mengkritik cara usul itu dibawa yang disifatkan tergesa-gesa tanpa rundingan mencukupi dengan pihak pembangkang.<\/p>\n<p>\u201cKami tidak bersetuju dengan pendekatan ini,\u201d katanya.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor meluluskan pindaan undang-undang bagi membolehkan pelantikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), langkah yang disifatkan kerajaan negeri sebagai usaha memperkukuh pentadbiran. Usul pindaan kepada Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor 1985 itu diluluskan selepas mendapat sokongan majoriti apabila 40 daripada 56 ADUN bersetuju. Menteri Besar Johor,Onn Hafiz Ghazi, ketika membentangkan usul tersebut berkata [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":10024,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[356,409,630,735,3847,103],"authors":[],"class_list":["post-10023","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-adun","tag-dun","tag-johor","tag-lantikan","tag-onn-hafiz-ghazi","tag-prn"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/10023","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=10023"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/10023\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":10025,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/10023\/revisions\/10025"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/10024"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=10023"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=10023"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=10023"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=10023"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}